5 Makanan Untuk Kempiskan Perut

Bukan sahaja orang lelaki yang mengalami maslah perut buncit, kaum wanita juga tidak terkecuali. Siapa yang nak perut buncit kan. Dah la tak cantik..

Time nak beli baju mesti susah nak cari saiz gara-gara perut je yang besar kan. yang bahagian lain elok je ramping. Lagi-lagi nak pakai baju ikut fesyen ala-ala artis kegemaran memang sah-sah tak dapat la kan. sedih je rasa...Jangan sedih-sedih sangat ye..

Meh baca tips untuk kempiskan perut yang buncit tu..Nak kempiskan perut kena la usaha cikit..Orang kata kalau nak cantik kena la terseksa dulu kan..So bagi anda di luar sana yang nak kurus dan sihat kenalah disiplinkan diri anda dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

Biasa kita baca dan dengar orang kata gaya hidup yang sihat kan..Ada yang tak tahu ni gaya hidup yang sihat tu macam mana..Meh sini nak bagitau, gaya hidup yang sihat maksudnya mengamalkan makanan yang seimbang dan bersenam. 

Meh kita tengok apa makanan yang boleh membantu anda mengurangkan berat badan sekaligus mengecilkan saiz perut.

#1 BLUEBERI BANTU BAKAR LEMAK


Blueberi sememangnya kaya dengan fitonutrien yang penting seperti Anthocyanins, Hydroxycinnamic acids, Hydroxybenzoic acids dan juga resveratrol. Blueberi merupakan makanan yang kaya dengan antioksidan. 

Antikosidan sangat diperlukan untuk mengoptimumkan kesihatan dengan membantu melawan radikal beabs yang boleh merosakkan struktur sel-sel dan DNA. Kajian mendapati blueberi dapat membantu membakar lemak yang berkumpul pada perut.

5 Makanan Untuk Kempiskan Perut



#2 SALAD TINGGI KANDUNGAN SERAT


Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan makanan yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Sayur salad kaya dengan vitamin dan mineral yang membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. 

Ia juga mengandungi serat yang tinggi dan rendah kalori. Mereka yang ingin menurunkan berat badan hendaklah makan salad yang banyak. 

Dengan memakan salad sebelum makan makana berat yang lain dapat mengurangkan pengambilan makanan berat yang lain. Salad membuat anda berasa kenyang dan bertenaga.


#3 BADAM


Kacang badam dipercayai kaya dengan lemak tidak tepu (monounsaturated fats) yang mana berperanan membantu membakar lemak di bahagian perut. 

Badam juga dipercayai dapat membantu membentuk perut kerana di dalamnya juga kaya dengan sumber protein dan serat.

#4 IKAN SALMON


Untuk mendapatkan badan yamg lansing dan pinggang yang ramping, penggunaan minyak dan makanan yang berkalori tinggi hendaklah dikurangkan. 

Makanlah makanan yang mengandungi kandungan protein yang tinggi seperti ikan kerana ikan dapat membantu membakar kalori apabila ia dihadamkan. 

Ikan salmon dan tuna adalah sumber protein terbaik kerana mengandungi omega-3 yang sangat baik untuk kesihatan tubuh.



#5 MAKAN OAT KETIKA SARAPAN


Judapan awal pagi amatlah penting untuk membekalkan tenaga pada permulaan hari. Sarapan yang sihat penting untuk meningkatkan metabolisme, membantu mengawal gula dalam darah dan yang paling membekalkan tenaga sehingga tengah hari.

Mereka yang ingin kuruskan badan hendaklah mengelakkan mengambil makanan berkalori tinggu pada waktu pagi seperti nasi lemak dan roti canai. Pilihan yang paling baik untuk sarapan anda adalah makanan berasaskan oat. 

Oat kaya dengan serat yang penting untuk proses penghadaman. Ambil oat yang berperisa original kerana ia jauh lebih baik. Oat yang mengandungi perisa mempunyai kandungan gula yang tinggi. 

Nak kempiskan perut bukanlah sesenang kita sebut ABC. Korang tak boleh nak assume makan makanan seperti yang saya sebut di atas dua tiga kali terus boleh jadi kempis.

Pastinya kena take time. dari saiz XL nak ke saiz M takkan jadi dalam satu minggu atau sebulan..Pemilihan makanan yang seimbang sangat lah penting di samping work out juga.

Jadi nak kuruskan badan memang kena banyakkan bersabar. Jangan cepat mengalah ok. Saya yakin dan percaya, permulaan awal dengan mengawal makanan yang diambil menjadi langkah pertama untuk kurangkan inci korang. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Comments