Sunday, August 31, 2014

KEKAL LANGSING DENGAN MAKANAN BERWARNA TERANG


buah-buahan dan sayuran kaya dengan antioksidan
Menurut Eric Braverman di dalam bukunya The Younger (Thinner) You Diet, “Kunci menurunkan berat badan dan sekaligus mengekalkannya adalah dengan menggantikan sel-sel otak yang telah hilang (mati), mengimbangkan zat kimia otak dan setrusnya mencipta kembali otak yang lebih muda dan aktif.”

“ Setiap kali sel-sel otak anda tumbuh, anda bukan sahaja bertambah pintar tetapi juga boleh mempercepatkan metabolism. Ia bertujuan untuk mencerdaskan otak serta menguruskan badan seriring dengan pertambahan usia,” kata Baverman



Mari kita baca tentang beberapa jenis makanan yang mempunyai warna terang yang boleh membantu menambahkan sel-sel otak.

#1 GRAPE FRUIT (RUBY REDS)
Grape fruit juga dikenali dengan nama laimu gedang. Nama saintifiknya ialah citrus paradisi. Buah ini dipercayai berasal daripada Jamaica. Bentuk buah kimau gedang yang seakan-akan limau bali seringkali menyebabkan ramai orang terkeliru.


Buah sitrus dengan isinya yang berwarna merah mengandungi antioksida yang membantu mengurangkan risiko kanser dengan cara mencegah sel-sel dari rosak akibat serangan radikal bebas.

Pigmen merah di dalam buah ini berfungsi mempertahankan kesihatan, memperbaiki fungsi memori, melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligament dari sebarang kerosakan. Buah ini juga dipercayai boleh memperbaiki fungsi saliran kencing.

Terdapat juga buah lain yang berwarna merah seperti cranberi, rasberi, buah ceri, kacang merah dan buah delima.

#2 OREN TERANG
Hasil kajian mendapati buah dan sayuran yang berwarna oren mengandungi banyak karotenoid yang bertindak sebagai antioksida dan antikanser.


Makanan yang kaya dengan karotenoid boleh membantu memperbaiki daya penglihatan dan juga baik untuk kesihatan jantung. Ambillah dua hingga tiga biji makanan berwarna oren setiap hari.

#3 KUNING TERANG
Berdasarkan kajian yang dijalankan sayuran dan buah-buahan yang berwarna kuning banyak mengandungi fitokimia karotenoid dan bioflavonoid yang berperanan sebagai antioksida dan anti kanser yang baik.


Kedua-dua vitamin dan mineral ini yang terdapat dalam makanan berfungsi mengurangi keradangan, memperbaiki lpenglihatan dan juga kesihatan jantung.

#4 HIJAU GELAP
Sayuran hijau mengandungi klorofil yang berfungsi semasa proses detoksifikasi tubuh. Makanan berwarna hijau terang kaya dengan zat lutein yang berfungsi sebagai antioksidan. Ia juga mengandungi karotenoid yang membantu mencegah peradangan secara semulajadi.


Selain itu, makanan hijau juga mengandungi kalsium yang penting untuk kesihatan tulang dan juga gigi serat memperbaiki daya penglihatan. Contoh sayuran hijau seperti broccoli dan bayam.

#5 BIRU GELAP
Makanan yang berwarna biru gelap mengandungi 2 jenis fitokimia yang berkuass iaitu anthocyanin dan fenolat yang bertindak sebagai antipenuaan dan antioksida. Selain itu ia juga dikatakan membantu melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen. 


Makanan berwarna biru gelap juga membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser kerana fungsi antioksidan yang terdapat di dalamnya. Antioksidan bertindak menghalang kerosakan akibat radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel di dalam tubuh manusia. 

Makanan yang berwarna biru adalah seperti beri biru dan anggur.

#6 UNGU GELAP
Makanan yang berwarna biru gelap juga mengandungi antioksida. Ia embantu mengurangi stress oksidasi yang menjadi sebab utama penuaan. 


Selain itu, makanan berwarna ungu gelap kaya dengan resveratrol yang diyakini mampu mengurangkan risiko mendapat kanser dan penyakit jantung. Makanan yang berwarna ungu gelap ialah anggur muscadine, buah plum dan lobak ungu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Jagalah kesihatan anda sebelum terlambat.

No comments:

Post a Comment