Sunday, August 31, 2014

KEKAL LANGSING DENGAN MAKANAN BERWARNA TERANG


buah-buahan dan sayuran kaya dengan antioksidan
Menurut Eric Braverman di dalam bukunya The Younger (Thinner) You Diet, “Kunci menurunkan berat badan dan sekaligus mengekalkannya adalah dengan menggantikan sel-sel otak yang telah hilang (mati), mengimbangkan zat kimia otak dan setrusnya mencipta kembali otak yang lebih muda dan aktif.”

“ Setiap kali sel-sel otak anda tumbuh, anda bukan sahaja bertambah pintar tetapi juga boleh mempercepatkan metabolism. Ia bertujuan untuk mencerdaskan otak serta menguruskan badan seriring dengan pertambahan usia,” kata Baverman



Mari kita baca tentang beberapa jenis makanan yang mempunyai warna terang yang boleh membantu menambahkan sel-sel otak.

#1 GRAPE FRUIT (RUBY REDS)
Grape fruit juga dikenali dengan nama laimu gedang. Nama saintifiknya ialah citrus paradisi. Buah ini dipercayai berasal daripada Jamaica. Bentuk buah kimau gedang yang seakan-akan limau bali seringkali menyebabkan ramai orang terkeliru.


Buah sitrus dengan isinya yang berwarna merah mengandungi antioksida yang membantu mengurangkan risiko kanser dengan cara mencegah sel-sel dari rosak akibat serangan radikal bebas.

Pigmen merah di dalam buah ini berfungsi mempertahankan kesihatan, memperbaiki fungsi memori, melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligament dari sebarang kerosakan. Buah ini juga dipercayai boleh memperbaiki fungsi saliran kencing.

Terdapat juga buah lain yang berwarna merah seperti cranberi, rasberi, buah ceri, kacang merah dan buah delima.

#2 OREN TERANG
Hasil kajian mendapati buah dan sayuran yang berwarna oren mengandungi banyak karotenoid yang bertindak sebagai antioksida dan antikanser.


Makanan yang kaya dengan karotenoid boleh membantu memperbaiki daya penglihatan dan juga baik untuk kesihatan jantung. Ambillah dua hingga tiga biji makanan berwarna oren setiap hari.

#3 KUNING TERANG
Berdasarkan kajian yang dijalankan sayuran dan buah-buahan yang berwarna kuning banyak mengandungi fitokimia karotenoid dan bioflavonoid yang berperanan sebagai antioksida dan anti kanser yang baik.


Kedua-dua vitamin dan mineral ini yang terdapat dalam makanan berfungsi mengurangi keradangan, memperbaiki lpenglihatan dan juga kesihatan jantung.

#4 HIJAU GELAP
Sayuran hijau mengandungi klorofil yang berfungsi semasa proses detoksifikasi tubuh. Makanan berwarna hijau terang kaya dengan zat lutein yang berfungsi sebagai antioksidan. Ia juga mengandungi karotenoid yang membantu mencegah peradangan secara semulajadi.


Selain itu, makanan hijau juga mengandungi kalsium yang penting untuk kesihatan tulang dan juga gigi serat memperbaiki daya penglihatan. Contoh sayuran hijau seperti broccoli dan bayam.

#5 BIRU GELAP
Makanan yang berwarna biru gelap mengandungi 2 jenis fitokimia yang berkuass iaitu anthocyanin dan fenolat yang bertindak sebagai antipenuaan dan antioksida. Selain itu ia juga dikatakan membantu melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen. 


Makanan berwarna biru gelap juga membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser kerana fungsi antioksidan yang terdapat di dalamnya. Antioksidan bertindak menghalang kerosakan akibat radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel di dalam tubuh manusia. 

Makanan yang berwarna biru adalah seperti beri biru dan anggur.

#6 UNGU GELAP
Makanan yang berwarna biru gelap juga mengandungi antioksida. Ia embantu mengurangi stress oksidasi yang menjadi sebab utama penuaan. 


Selain itu, makanan berwarna ungu gelap kaya dengan resveratrol yang diyakini mampu mengurangkan risiko mendapat kanser dan penyakit jantung. Makanan yang berwarna ungu gelap ialah anggur muscadine, buah plum dan lobak ungu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Jagalah kesihatan anda sebelum terlambat.

Saturday, August 30, 2014

10 Tip Rawatan Untuk Mengatasi Kulit KOMBINASI

Kulit kombinasi bermaksud berminyak dan kering. Kebiasaannya wanita yang mempunyai kulit kombinasi kulit wajahnya akan berminyak di sekitar dahi, hidung dan dagu. 

Manakala mengalami masalah kering di bahagian pipi dan mata. Keadaan ini menyukarkan seseorang wanita itu untuk memilih produk dan rawatan yang sesuai dan tepat dengan kulit wajahnya.

Silap memilih boleh mengundang masalah yang menyebabkan keadaan kulit menjadi lebih teruk seperti kulit menjadi kering, terlalu berminyak, jerawat mula hinggap dan kulit menggelupas. 


Di sini saya ingin berkongsi 10 tips penjagaan kulit wajah untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi kering dan berminyak. 

#1 PILIH PEMBERSIH WAJAH YANG SESUAI
Kulit kombinasi agak sensitif. Jadi anda dinasihatkan untuk mengelakkan dari menggunakan pembersih wajah berbentuk sabun atau berbuku kerana ia mengandungi detergen yang boleh membuatkan kulit menjadi lebih kering. 

Sebaiknya gunalah pembersih wajah yang berbentuk air, tekstur gel atau minyak. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik anda sangat digalakkan menggunakan produk yang kandungannya terdiri daripada mineral tanah liat. 

Ia berfungsi menyerap lebihan minyak pada wajah tanpa membuatkan kulit kering.

#2 GUNA PENYEGAR
Pastikan anda menggunakan penyegar wajah yang mengandungi antioksidan berasaskan air selepas membersihkan wajah dengan pembersih muka. 

Ia membantu mengimbangkan minyak dan menjadikan kulit wajah lebih segar. Pilihlah penyegar khas yang tidak mempunyai alkohol.

#3 PELEMBAP KHAS
Pilihlah pelembap yang berbentuk gel atau losyen yang mempunyai air yang banyak. tujuannya untuk melembapkan kulit yang kering tanpa membuatknnya berminyak. 

Di bahagian yang kering iaitu kawasan mata, bibir dan pipi sapulah pelembap secara teratur. Manakala untuk kawasan yang berminyak sapulah pelembap secara tipis sahaja.

#4 ALAS BEDAK YANG TEPAT
Pilih bedak alas jenis matte atau press powder (bedak kompak) yang mengandungi pelindung sinar UV sekurang-kurangnya SPF 15. Ia berfungsi membantu mengawal minyak berlebihan dan sekaligus mengelakkan kulit menjadi kering.
#5 KRIM PELINDUNG CAHAYA MATAHARI
Pakailah krim muka yang mempunyai perlindungan cahaya matahari yang mengandungi titanium dioxide. zinc oxide atau avobenzone. Pemilihan produk yang tepat mempengaruhi kelembapan dan kehalusan kulit.

#6 BEDAK TABUR
Penggunaan bedak tabur memberikan penampilan yang lebih natural dan semulajadi. Ia mudah meresap dan membuatkan kulit lebih licin sekata kerana litupannya lebih baik dan yang paling penting tidak bercapuk. 

#7 MASKER WAJAH
Amalkan masker wajah yang berasaskan sumber semula jadi seperti timun, tomato dan lidah buaya. anda yang tiada masa untuk mengunakan masker semulajadi boleh mendapatkan masker yang berada di pasaran. 

tapi awas!! Pastikan masker yang dipilih adalah berbentuk gel atau clay (tanah liat) untuk bahagian wajah yang berminyak (dagu, dahi dan hidung). Untuk kawasan wajah yang kering (pipi, mata dan bibir) pilihlah masker krim yang khusus.

#8 SUPLEMEN
Anda sangat digalakkan mengambil vitamion dan suplemen. Produk kecantikan hanya melawat dari luar sahaja. Vitamin dan suplemen merawat dari dalam. 

Kita digalakkan mengambil suplemen yang mengandungi antioksidan iaitu Vitamin A, Vitamin C, vitamin E dan Zink

Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E merupakan vitamin antioksidan yang berfungsi menghalang serangan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dalam badan manusia. 

Manakala Vitamin Zink pula membantu merawat jerawat dan berfungsi sebgai anti penuaan. Pengambilan suplemen membantu membekalkan nutrien dan mineral yang mencukupi untuk keperluan tubuh. 

Kekurangan vitamin dan mineral boleh menyebabkan berlakunya beberapa masalah pada kulit wajah kita.


#9 RAWATAN MALAM
jangan biarkan waktu malam berlalu begitu sahaj tanpa dimanfaatkan sepenuhnya. Sapukan penyegar selepas membersihkan wajah kemudian diikuti dengan krim malam dam krim mata. pilih produk krim malam yang mengandungi tretinion. Ia membantu ketika proses pertumbuhan sel baru ketika anda tidur.

#10 MINUM AIR SECUKUPNYA
Untuk mendapatkan kulit yang cantik, kenalah minum air yang mencukupi. Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas. ia membantu wajah nampak lebih segar, berseri dan lembap.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. 
selamat beramal.

Sumber: Mingguan Wanita

Friday, August 29, 2014

Jenis Vitamin Bantu Cegah Penyakit Bagi Lelaki

Vitamin untuk lelaki
Pengambilan suplemen dan vitamin pada hari ini adalah amat penting tidak kira lelaki atau perempuan. Kesedaran di kalangan orang lelaki untuk mengambil suplemen atau vitamin adalah kurang berbanding kaum wanita. 

Suplemen atau makanan kesihatan membantu anda mencegah pelbagai jenis penyakit walaupun anda mungkin mengambil masa sehingga enam bulan untuk melihat hasilnya. 

Jangan jadikan itu sebagai alasan untuk anda tidak mengambil vitamin dan suplemen dalam diet harian anda. Lagi cepat anda bermula lagi awal keberkesanannya. 

Jom kita intai beberapa jenis vitamin dan mineral penting untuk kaum adam.

#1 KALSIUM
Kalsium amat penting untuk kesihatan tulang dan juga gigi. Bukan kaum wanita sahaja yaang perlu ambil kalsium. kaum lelaki juga berisiko mendapat penyakit berkaitan tulang belakang. Kalsium boleh didapati di dalam makanan seperti sayuran hijau, avokado, bendi, limau gedang (garpefruit) dan susu.

#2 BORON
Lelaki yang mengambil vitamin boron yang cuku dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser prostat sebanyak 96 peratus berbanding lekai yang kekuranagn boron dalam tubuh mereka. 

Boron juga berfungsi meningkatkan keupayaan daya ingatan dan penumpuan seseorang. Sumber makanan bagi boron ialah kismis dan kacang badam.

#3 ASID FOLIK
asid folik bukan sahaja penting diambil oleh wanita hamil untuk mengelakkan bayi dilahirkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifida dan neural tube defect. Asid Folik bagi lelaki dewasa membantu mengelakkan Alzheimer. 

Ia juga membantu mencegah berlakunya arteri tersumbat dan meningkatkan aliran darah ke otak denagn mengekalkan tahap homocysteine. Tahap homocysteine yang tinggi boleh menyebabkan penyakit jantung. 

Sumber makanan bagi asdi folik ialah seperti bijirin, broccoli, bayam, asparagus, pisang, lemon, cendawan, jus orange, jus tomato dan daging.

#4 SELENIUM
Selenium berfungsi melawan kanser kerana sifatnya yang antioksidan. Pengambilannya yang mencukupi berdasarkan dos yang dicadangkan membantu untuk menurunkan kanser prostat, kolon dan paru-paru. 

Sumber makanan selenium ialah seperti ikan aiar masin (tuna, kod, herring dan red snapper), daging lembu, ayam, itik, bijirin, walnut dan sebagainya.

#5 VITAMIN E
Vitamin E ialah antioksidan yang paling berkuasa. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan alzheimer. Makanan yang mengandungi vitamin E ialah bayam, asparagus, badam, tomato, dan brokoli. Kajian menunjukkan Viatmin E membantu mengatasi masalah kesuburan kaum lelaki.

#6 OMEGA-3
Omega-3 adalah asid lemak yang penting untuk kesihatan jantung. Ia membantu mengekalkan tekanan darah dan paras trigliserida yang rendah dan mennurunkan kolesterol LDL. 

Omega-3 juga membantu memelihara kesihatan sendi. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. 

Ia juga boleh merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

#7 ZINK 
Zink berfungsi melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. 

Kajian menunjukkan pengambilan zink setiap hari dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%. Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain. 

Kekurangan zink boleh menyebabkan bilanagn sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan yang cepat dan masalah keguguran rambut. 

Makanan yang mengandungi zink ialah seperti makanan laut, daging, produk susu, kekacang dan bijirin penuh.

Untuk mendapatkan KALSIUM dan BORON, anda boleh mengambil OSTEMATRIX SHAKLEE kerana di dalamnya buken sahaja mengandungi kalsium dan boron malah lengkap dengan magnesium, Vitamin D, fosforus, kuprum dan sebagainya.

 di adalam satu tablet anda mendapat ksemua vitamin penting untuk kesihatan tulang dan juga gigi. Klik di sini MANFAAT UTAMA OSTEMATRIX SHAKLEE untuk mengetahui makluat lanjut mengenainya.
ostematrix shaklee
ostematrix shaklee
Manakala untuk mendapatkan suplemen asid folik anda boleh mengambil B-Complex Shaklee kerana di dalam terdapat asid folik atau vitamin B9 dan lengkap kesemua vitamin B lain yang diperlukan oleh tubuh kita. Klik di sini MANFAAT UTAMA B-COMPLEX SHAKLEE untuk maklumat lebih terperinci.

Selenium terdapat di dalam Vitamin E Shaklee. Jadi, anda tidak perlu membeli vitamin selenium dan vitamin E secara berasingan. Senangkan. Lebih jimat. Kklik di sini MANFAAT UTAMA ZINK COMPLEX SHAKLEE untuk maklumat terperinci mengenainya.

Anda boleh memperolehi vitamin Omega-3 dengan mengambil OMEGAGUARD SHAKLEE minyak ikan terbaik. Omega Guard Shaklee dihasilkan dengan menggunakan teknologi terkini iaitu kaedah ultratulen bergred farmaseutikal. 


Ia di hasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi. 

Kaedah yang digunakan oleh Shaklee ini mampu menyingkirkan bahan-bahan berbahaya yang terdapat di dalam ikan seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium,, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenil yang merupakan bahan kimia industri yang paling bertoksik). 

Jadi jangan ragu-ragu lagi untuk memilih omega-3 dari Shaklee. 
Klik di sini MANFAAT UTAMA OMEGA GUARD SHAKLEE untuk maklumat lanjut berkenaannya.

Manakala vitamin zink anda boleh mengambil ZINK COMPLEX SHAKLEE.
Klik link MANFAAT UTAMA ZINK COMPLEX untuk mengetahui lebih lanjut tentang vitamin zink shaklee

Jadi, apa tunggu lagi. Jom dapatkan segera vitmin anda di sini sebelum kehabisan stok.

Untuk order sendiri anda boleh klik link di bawah ini. 


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal:
H/P no: 0139279846
ID Shaklee: 1074356

Thursday, August 28, 2014

Vitamin Untuk Penglihatan dan Mata Sihat

carotomax Shaklee vitamin untuk mata

Mempunyai penglihatan yang baik merupakan anugerah Allah yang tidak terkira nikmatnya. Bagi yang menghadapi maslah mata seperti rabun jauh dan dekat memerlukan kaca mata untuk melihat dengan jelas. 

Bagi yang tidak menghadapi maslah bersyukurlah anda kerana masih memiliki mata yang sihat. Pemilihan makanan dalam diet harian kita sangat penting untyk kesihatan mata. 

Berdasarkan kajian yang dijalankan telah membuktikana bahawa nutrisi memainkan peranan yang penting untuk kesihatan mata dan mencegah  berlakunya penyakit mata yang berkaitan dengan umur seperti Age-Related Macular Digeneration (AMD), katarak, Glaucoma dan Diabetic Retinopathy. 

Lutein dan zeaxanthin

Lutein dan zeaxanthin merupakan vitamin dan nutrisi yang penting untuk kesihatan mata dan penglihatan yang baik. Lutein dan zeaxanthin merupakan karotenoid yang berfungsi sebagai antioksidan yang berkuasa. 

Kedua-dua vitamin ini boleh membantu memelihara penglihatan dan kesihatan mata. Lutein berfungsi melindungi mata dari penyakit katarak, age-related macular degeneration (AMD) dan retinitis pigmentosa.

Zeaxanthin pula berperanan dalam melindungi mata dengan menapis cahaya gelombang biru pendek yang berbahaya. Zeaxanthin juga berfungsi mengurangkan risiko penyakit kanser payudara, kanser ovari (rahim), kolon, endometrial dan kanser servik (pangkal rahim)
makanan yang kaya dengan lutein dan zeaxanthin

Lutein dan zeaxanthin banyak di dapati di dalam sayuran berdaun hijau seperti bayam, kale (sejenis kubis) dan brokoli. Manakala buah yang kaya dengan lutein dan zeaxanthin ialah buah anggur, kiwi, orange, zucchini, lobak dan jagung. 

Astaxanthin
Pigmen kemerahan yang ditemui di dalam alga dan fitoplankton.Astaxanthin mempunyai daya mengesan radikal bebas yang tinggi. Astaxanthin bertindak sebagai perisai dalam melindungi UVB dan UVA. Fungsi ini juga menjadikan kulit lebih muda berseri.

Lycopene 
Buah dan sayur yang kaya dengan lycopene

Lycopene merupakan pigmen berwarna merah yang terdapat di dalam buah-buahan dan sayuran seperti aprikot, tembikai, jambu batu pink dan limau gedang. Ia paling tinggi ditemui dalam buah tomato. 

Lycopene merupakan antioksidan yang berkuasa yang membantu melindungi sel-sel daripada rosak akibat radikal bebas. Selain berfungsi melindungi mata dari penyakit Lycopene juga digunakan sebagai pelindung untuk penyakit jantung dan kanser seperti kanser prostat, kanser paru-paru, ovari, kolon dan pankreas. 

Ia juga membantu menghalang proses penuaan organ. 

Alfa dan Beta karotene
Alfa dan beta Corotene banyak terdapat di dalam buah-buahan dan sayuran seperti tembikai, lobak, brokoli dan ubi keledek. Beta Karotene berfungsi dengan bertukar kepada retinol yang mana ianya sangat penting untuk kesihatan dan perkembangan penglihatan.

Vitamin C
Vitamin C juga memainkan peranan yang sanagt penting untuk penglihatan dan kesihatan mata. Ia berperanan sebagai antioksidan yang baik untuk retina mampu mencegah katarak. Vitamin C boleh membantu proses penyembuhan dan memperkuatkan mata. 

Jika anda seorang perokok, penghidap diabetes dan peminum arak, anda sanagt digalakkan mengambil vitamin c dalam dos yang tinggi. Ini kerana golongan ini kekurangan Vitamin C di dalam tubuh mereka. Klik KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE untuk mengetahaui lebih lanjut tentang vitamin C yang hebat ini.

Buah-buahan dan sayuran yang Allah cipta memang hebat. Khasiat dan fungsinya tak tercapai oleh akal manusia. Bagaimana kita hendak dapatkan khasiat kesemua di atas dalam satu masa. 

Takkan nak makan semua kan. Bagi yang tercari-cari vitamin untuk kesihatan mata dan penglihatan anda, Carotomax shaklee adalah pilihan yang paling baik. 

Di dalam Carotomax Shaklee  terdapat lutein, zeaxanthin, astaxanthin,alfa dan beta karotene yang berfungsi sebagai antioksidan bagi melindungi sel tubuh kta dari serangan radikal bebas.

Setiap hidangan Carotomax Shaklee mengandungi karotenoid utama yang terdiri Beta karotene yang bersamaan dengan 102 pisang, Astaxanthin bersamaan sepotong ikan salmon, lycopene bersamaan 714 biji aprikot, Lutein dan zeaxanthin bersamaan 285 biji limau gedang dan alfa karotein bersamaan 89 biji  buah rasberi. 

Klik FUNGSI DAN KELEBIHAN UTAMA CAROTOMAX SHAKLEE untuk mengetahui lebih lanjut tentang vitamin hebat ini.

Pendek kata Carotomax Shaklee memang hebat kerana gabungan pelbagai karotenoid terbaik yang memenuhi keperluan tubuh manusia. 

Apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Carotomax Shaklee dan Vitamin C untuk kesihatan mata anda.

Untuk order sendiri anda boleh klik link di bawah ini. 

Beli Carotomax dan Vitamin C di sini


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal:
H/P no: 0139279846
ID Shaklee: 1074356

Wednesday, August 27, 2014

Atasi Masalah Haid Tidak Teratur dengan GLA Complex Shaklee

kitaran Haid yang normal dan teratur
Kitaran Haid yang normal dan teratur

Ramai wanita hari ini yang menghadapi masalah haid ataupun dalam bahasa Inggeris disebut menstrual yang tidak teratur. masalah ini tidak boleh dipandang ringan dan dibiarkan sahaja kerana ia merupakan tanda dan simptom penting yang menunjukkan berlakunya ketidakseimbangan hormon di dalam badan wanita tersebut. 

Jika tidak dirawat dengan cara yang betul dan dibiarkan berlarutan, ia boleh menyebabkan terjadinya gangguan kepada sistem reproduktif iaitu sistem peranakan wanita itu dan kesannya membawa kepada kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan islam (PUSRAWI) Dr. Adilah Ahmat "Kitaran haid seseorang wanita sebenarnya dipengaruhi oleh dua hormon iaitu ekstrogen dan progesteron. Kedua-dua hormon ini berperanan dalam proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan dalam uterus/rahim) untuk kehamilan".

Haid yang normal bagi seseorang wanita itu ialah antara 25-35 hari. Kitaran ini dikira pada hari pertama wanita itu keluar darah sehinggalah sehari sebelum kitaran haid seterusnya.  


Ada sebahagian wanita mengalami kitaran haid yang panjang lebih daripada 35 hari yang disebut sebagai oligomenorea, manakala kitaran haid yang kurang daripada 21 hari disebut polimenore. 

Kitaran haid yang panjang iaitu oligomenorea boleh mengganggu kesuburan dan boleh menjadi punca menopaus sebelum masanya. Ini kerana haid tidak teratur terjadi akibat gangguan pada hormon yang boleh mengganggu fungsi ovari atau kilang telur wanita tersebut.

Menurut Dr. Adilah lagi, haid yan tidak teratur disebabkan adanya gangguan semasa proses pematangan dan pengeluaran telur

Gangguan inilah yang menjadi tanda-tanda seseorang wanita yang haidnya tidak teratur menghadapi masalah kesuburan. Haid yang tidak teratur menyebabkan peluang untuk hamil adalah sukar kerana ovulasi tidak berlaku pada pusingan haid tersebut.

Terdapat beberapa sebab dan punca yang dikaitkan dengan masalah kitaran haid tidak teratur. Antaranya ialah:

#Hormon yang tidak seimbang
#Stress/Tekanan mental dan emosi
#Berat badan yang tidak seimbang/ideal (terlalu kurus atau gemuk)
#Pengambilan ubat-ubatan tertentu
#Kekurangan nutrisi penting
#Makanan yang tidak seimbang
#Menghidapi penyakit seperti aneroksia atau bulimia
#tempoh peneyembuhan dari penyakit atau pembedahan.


Bagaimana GLA COMPLEX SHAKLEE boleh membantu anda untuk mengatasi masalah ini??

GLA Complex Shaklee diekstrak daripada biji bunga Borage. Bunga borage ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Kanada.

GLA Complex Shaklee sangat istimewa kerana kandungan GLA yang terdapat di dalamnya antara 17% hingga 25%. Yang mana kandungan asid lemak omega-6 lebih banyak dari EPO (Evening Primrose oil). GLA di dalam EPO hanya 7% hingga 20%. 

Apa yang menjadikan GLA Complex lebih  istimewa ialah setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E.
GLA diekstrak daripada bunga borage
Bunga borage
GLA atau nama panjangnya Gamma Linolenik Asid merupakan sejenis asid lemak Omega-6. Ia digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin. 

Prostaglandin merupakan bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal.

GLA inilah yang membantu membetulkan dan menstabilkan hormon bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur. GLA juga boleh membantu meningkatkan kualiti lendir servik dan sekaligus menambahkan kesuburan seseorang wanita itu.

Klik KANDUNGAN UTAMA GLA COPLEX SHAKLEE untuk mengetahui lebih lanjut tentang kandungan dan kelebihannya.

Bukan itu sahaja. Banyak lagi fungsi dan kelebihan GLA COMPLEX Shaklee ni. Kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid 
  • Membantu meningkatkan kesuburan 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) 
  • Membantu dalam menangani menopus 
  • Menguatkan kuku dan rambut 
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
  • Membantu menangai ekzema 
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid 
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri 
  • Menguatkan imuniti tubuh 
  • Memperlahankan proses penuaan 
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung 
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi 
  • Mengawal kolesterol 
  • Untuk fungsi saraf

Klik MANFAAT UTAMA GLA COMPLEX untuk mengetahui lebih lanjut tentang fungsi dan khasiat produk yang hebat ini.



Mari kita baca testimoni wanita yang berjaya betulkan kitaran haid yang tidak normal/tidak teratur selepas mengambil GLA Complex Shaklee. Alhamdulillah segalanya dengan izin Allah. Kita hahnya berusaha dan berikhtiar.

TESTIMONI 1

testimoni berjaya betulkan kitaran haid yang tidak normal dengan GLA complex shaklee
TESTIMONI GLA COMPLEX UNTUK MENGATASI MASALAH KITARAN HAID YANG TIDAK TERATUR

TESTIMONI 2
testimoni berjaya betulkan kitaran haid yang tidak normal dengan GLA complex shaklee
Testimoni 2: Berjaya betulkan kitaran haid yang tidak teratur dengan GLA Complex Shaklee
Bagi wanita di luar yang sana yang menghadapi masalah kitan haid tidak teratur serta senggugut yang teruk semasa ahid bolehlah berikhtiar dengan GLA COMPLEX Shaklee yang dijamin selamat tanpa bahan kimia.

 Dapatkan GLA Complex Shaklee hari ini dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya seumur hidup.


Nak beli sendiri pun boleh. Klik link di bawah ni dan ikut langkah seterusnya. Senang saja. Barang akan sampi di rumah anda.

Beli GLA COMPLEX SHAKLEE



"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit. Ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk kesihatan kita sepanjang hayat."




Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal:
Email: akmal.rusdi@yahoo.com
H/P no: 0139279846
ID Shaklee: 1074356
Blog: http://akmalrusyd.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/myhealthynutrition

Tuesday, August 26, 2014

Fungsi dan Kelebihan Utama Carotomax atau Vitamin A Shaklee

Carotomax Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX® merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX® menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

• Memelihara kesihatan yang baik.
• Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu.
• Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. 

Carotomax Vitamin Mata dan antioksidan yang paling baik

Fungsi dan Kelebihan Utama Carotomax:

#1 Lebih selamat dari vitamin A
Vitamin A merupakan vitamin pertama yang yang ditemui iaitu pada tahun 1912. ahli saintis menemui beta karotene pada tahun 1932, satu prekursor Vitamin A dan beta karotene didapati selamat untuk pengambilan.

# Mempertingkatkan Penglihatan
ia menghasilkan "ungu visual" yanag mana mebolehkan seseorang itu mengekalkan penglihatan di dalam gelap. 

Carotomax Shaklee juga membnatu mengatasi masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, presbiopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, eye bags dan gegelung hitam pad akawasan bawah mata.

#3 Meredakan penyakit kulit
pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, kulit kering, kulit gugur dan jerawat. Carotomax juga boleh digunakan untuk merawat pustule, scabies dan ulser kulit.

#4 Melindungi epithelial
Carotomax membantu memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu dan membnatu merawat ulser sluran usus.

#5 Melawan kanser dan oksidasi -
 Pengambilan secara kerap beta karotene mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan, dan meneyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. 

Ini mengurangkan risiko mendapat kanser terutama kanser paru-paru dan payudara. Yang pastunya Carotomax mampu mengurangkan serangan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

#6 Menghalang Infection (jangkitan) -
 Carotomax membantu merangsang enzim, membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondidi penyakit sistem respiratori paru-paru, batuk, hepatitis, asthma, flu dan selesema.

#7 Menggalakkan perkembangan Normal dan sihat - Carotomax Shaklee membantu merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat dan gusi. Carotomax juga membantu merangsang sistem reproduksi dan penghasilan sperma yang sihat.


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal:
H/P no: 0139279846
ID Shaklee: 1074356

Monday, August 25, 2014

Ramuan Semulajadi Di dalam Vivix Shaklee dan Fungsinya



Kandungan utama Vivix shaklee
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. 

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee sahaja ok.

Secara ringkasnya.. Vivix sangat bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. Kenapa DNA? Kerana hampir setiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA akibat radikal bebas.

Mari kita berkenalan dengan kandungan semulajadi yang terdapat di dalam VIVIX. 

#1 Muscadine Grape
Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom yang mana ahli sains percaya kekuatan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan.

ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan ciri-ciri menghentikan bahan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.

selepas dilakukan kaji selidik tambahan, jenis anggur hebat yang paling mustajab ini dikenal pasti. seterusnya kumpulan ini bersama ahli sains dari University Georgia, membangunkan satu proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti-penuaan.

Untuk mencipta profil polyphenolnya yang kuat di dalam Vivix ahli sains menggabungkan resveratrol yang paling tulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah, dan Purple Carrot.
Mucadine Grape

Saiz Mucadine Grape sebesar bola golf iaitu lebih besar  dari anggur biasa

#2 Purple Carrot
Ianya adalah sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, anti-oksidan yang mustajab. 

Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. Berry mengandungi banyak  anthocyanins terutama sekali bluberry yang mengandungi antioksidan yang amt tinggi.

Anthocyanins adalah antioksidan utama di dalam carrot yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren. Carrot ungu-kuning mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi diikuti oleh carrot ungu-oren.

Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak di dalam semua jenis carrot. Ia dipercayai berfungsi mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.

Kajian menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Ia juga memberi kesan kepada saluran darah, platlet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari .

Purple Carrot Ramuan Semulajadi Vivix Shaklee

#3 Elderberry (Sambucus Nigra)
Satu daripada manfaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B. Berry mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.

Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin memberi kesan antiradang. Ia juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selesema atau influenza.

Elderberry tidak hanya kaya dengan antioksidan, ia juga mengandungi vitamin A, B, C dan nutrien seperti asid amino, carotenoid, tannin dan rutin. 

Selain dari menguatkan sistem imun, melawan jangkitan virus dan flu elderberry juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan menghalang oksidasi kolesterol LDL. Oksidasi LDL boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular.

Kesimpulannya elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan jantung. Ia juga mampu mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.
Elderberry di dalam VIVIX SHAKLEE
 Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin memberi kesan antiradang
#4 Polygonum Cuspidatum
Juga dikenali sebaagi Knotweed Jepun adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia yang juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun adalah sumber komersial resveratrol yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.

Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol. 

Ahli Sains telah membuat banyak kajian makmal ke atas haiwan untuk menentukan manfaat kesihatan resveratrol. Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.
polygonum cuspidatum
Polygonum Cuspidatum
Manfaat Vivix Shaklee:


  • Perlindungan Antioksidan.
  • Menyokong Sistem Imun.
  • Menyokong Kesihatan Jantung.
  • Menyokong Sistem Kardioavaskular.
  • Menyokong Kesihatan Otak.
  • Menyokong Kesihatan Sendi.
  • Membantu Menghalang Kanser.
  • Mengurangkan Komplikasi Pesakit Diabetes.
  • Meningkatkan Kesihatan Mata.
  • Menyokong Kesihatan Keseluruhan.



untuk membeli sila klik link di bawah:


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal:
H/P no: 0139279846
ID Shaklee: 1074356

Sunday, August 24, 2014

KANDUNGAN PEPPERMINT GINGER PLUS DAN MANFAATNYA

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
Mari kita baca apa kandungan yang terdapat di dalam PEPPERMINT GINGER PLUS dan manfaat serta fungsinya untuk kesihatan kita:

#1 PUDINA - 
melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam masalah penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pegih ulu hati dan cirit-birit. 

Selain itu, ia dapat melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan kesan daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang penegeluaran peluh. 

Oleh itu, ia mampu menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema. Rasa sejuk (mint) dan segar daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan lebih fokus.
daun pudina/mint
Daun pudina/mint

#2 HALIA - 
Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun dahulu. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. 

Ia membantu melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit ketika haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).

Satu kajian di United Kingdom telah menunjukkan bahawa halia membantu menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita. Manakala penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan membantu merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.

Halia juga membantu menurunkan tekanan darah. Ini kerana halia merangsang pelepasan hormon adrenalin dan memperlebar pembuluh darah. Kesannya darah mengalir lebih cepat dan lancar serta memudahkan jantung mengepam.

Klik MANFAAT HALIA untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.
garlic
Halia dalam bahasa Arab Zanjabil

#3 POKOK ADAS/JINTAN MANIS (FENNEL) -
Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia membantu melegakan sakit perut dan gejala flu (demam). 

Pokok adas atau lebih dikenali sebgai jintan manis oleh orang Malaysia dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus. Fennel atau nama saintifiknya Foeniculum vulgare miller juga dapat membantu memudahkan penyerapan makanan dan melegakan senak perut.
Fennel atau pokok adas

#4 ANISE (JINTAN HITAM) 
anise atau jintan hitam adalah tumbuhan berbunga dalam keluarga Apiaceae berasal dari wilayah timur Mediterranean dan Asia Barat Daya. Rasanya mempunyai beberapa persamaan dengan pokok adas dan tarragon.

anise seed
Di Timur Tengah, secawan air direbus bersama-sama kira-kira sata sudu jintan hitam/anise seed untuk dibuat teh panas khas dipanggil yansoon.

Teh ini akan diberikan kepada ibu-ibu di Mesir apabila mereka menyusukan anak.

Antara kebaikan anise ialah membantu melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 

Ia juga membantu merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit, melegakan haba di musim panas dan lembap, membantu peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Anda berminat untuk mendapatkannya? Anda boleh membeli sendiri dengan menggunakan kad kredit @ kad debit. Hanya klik link di bawah dan ikut langkah seterusnya.

Beli PEPPERMINT GINGER PLUS di sini


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal:

H/P no: 0139279846
ID Shaklee: 1074356