Saturday, June 14, 2014

4 TIPS KELUARGA SIHAT DAN CERIA

Apakah keluarga anda sudah tergolong dalam keluarga yang sihat? Semua orang inginkan sebuah keluarga yang sihat dan ceria.Betul tak?? Apalah gunanya ada duit yang banyak tapi anak kita sentiasa sakit dan longlai.Anda nak tahu bagaimana sebuah keluarga boleh sentiasa sihat, segar dan ceria? Di sini saya kongsikan 4 tips penting untuk membentuk keluarga yang sihat dan ceria.

#1 Segerakan sarapan dan waktu makan
keluarga yang sihat adalah keluarga yang tidak melewatkan sarapan serta waktu makan utama mereka setiap hari. Malah aturan ini diamalkan setiap hari tanpa gagal. Untuk memiliki berat badan yabg ideal dan sihat, anda perlu makan dan bukannya kelaparan. Jika tidak mengisi perut secara teratur, automatiknya anda akan berasa sering dan akan mengaktifkan 'hormon' lapar anda.



#2 Makan malam bersama
Rutin makan malam bersama boleh membantu anak untuk makan tetapi juga membuat mereka menghargai tubuh mereka sendiri. Sekaligus dapat membantu anda untuk mendekatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Ketika keluarga berkumpul untuk makan ia dapat mencipta suasana emosi yang lebih positif dan secara tidak langsung dapat membantu kesihatan tubuh secara keselutuhan untuk jangka masa panjang.


#3 Rutin tidur yang teratur
Tidur yang nyenyak antara petua untuk anda awet muda. Sebahagian orang dewasa mengalami kesukaran untuk tidur dan kerap tidak mampu memenuhi keperluan tidur antara 6 hingga 7 jam setiap hari.

Faktor ini lah yang menjadi penyumbang kepada serangan jantung dan strok. Oleh itu, setiap ahli keluarga perlu memastikan keadaan ruang kamar sendiri sentiasa nyaman dan gelap. Jika masih tidak boleh tidur setelah 15 minit, cuba bangun dari tempat tidur, bacalah buku untuk membantu fikiran anda lebih santai sehingga anda boleh tidur dengan nyenyak.



#4 Aktiviti bersama
Adakan aktiviti yang melibatkan semua anggota keluarga seperti mengemas rumah, mencuci kereta dan berkebun.Pastikan aktiviti ini sseperti satu olahraga, lakukan selama 20 minit. Selain berfungsi sebagai senaman ia juga boleh menjadi langkah antipenuaan yang baik iaitu dengan menggunakan fikiran untuk mengaktifkan otot-otot.



semoga info ini bermanfaat untuk kita semua.

No comments:

Post a Comment