Monday, June 30, 2014

DENGAN SHAKLEE AWET MUDA TANPA SUNTIKAN

Hari ini wanita terutamanya sanggup buat apa sahaja untuk kelihatan cantik dan menawan. Ada yang sanggup menghabiskan duit beribu ringgit semata- mata untuk mendapatkan suntikan Vitamin C, rawatan Botoks, sell stem dan pembedahan palstik. Tahukah anda, kita sebenarnya dapat mengembalikan keremajaan kulit dan menghilangkan tanda-tanda penuaan hanya dengan melalui makanan tambahan atau suplemen yang sesuai? 

Proses penuaan yang paling ketara dapat dilihat pada lapisan epidermis iaitu lapisan bawah kulit. Nutrien yang cukup dan seimbang mampu menjadikan kulit lebih anjal dan awet muda. Kolagen merupakan salah satu daripada 4 jenis tisu asas dalam tubuh manusia. Sebab itulah ramai yang mula sedar tentang keperluan kolagen. Terdapat banyak produk kecantikan dan kesihatan yang mula menggunakan kolagen sebagai bahan utama dalam menghasilkan produk mereka.


kulit yang sihat
Struktur kulit manusia yang sihat


Kira-kira 30% daripada jisim tubuh manusia terdiri daripada kolagen. Dari situ terbentuk pelbagai tisu penyambung seperti kulit, otot, rambut, tendon, ligamen, darah, tulang dan tulang rawan yang membentuk kerangka tubuh. Namun begitu, penghasilan kolagen mula berkurangan apabila usi semakin meningkat. Paras kolagen mula menurun apabila seseorang itu berumur 20 tahun.

Kulit merupakan bahagian paling awal pada tubuh yang dapat mengesan kekurangan kolagen dalam tubuh. Antara tanda-tandanya ialah kulit kita kan menjadi kering. kasar, hilang keanjalan dan berkedut. Selain itu, kekurangan kolagen juga memberi kesan negatif pada rambut dan kuku. Rambut akan mula gugur dan menjadi nipis, di samping hilang keanjalan dan keseriannya. 

Kuku pula menjadi lebih rapuh dan kadar pertumbuhannya menjadi perlahan. Jika anda ingin mengekalkan kulit yang muda dan berseri, cubalah ambil kolagen tambahan, vitamin C dan polifenol untuk meningkatkan semula paras kolagen. 

KELEBIHAN KOLAGEN TAMBAHAN

Kolagen tambahan dapat membantu membina semula serat kolagen untuk menggalakkan penghasilan kolagen pada lapisan dlaman kulit. Justeru anda dapat memiliki semula kulit yang lembut, lebih anjal, licin, gebu dan muda berseri. Kolagen juga akan menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan menjadikan rambut lebuh kuat, tebal dan berseri. Polifenol kaya dengan antioksidan yang berkesan untuk mencegah kehilangan kolagen akibat ancaman radikal bebas. 

Walaupun proses penuaan tidak dapat disekat, namun hasil kajian menunjukkan ekstrak daripada tumbuhan semulajadi seperti Polygonum, European, Elderberry dan lobak ungu boleh membantu melambatkan proses penuaan secara sihat. VIVIX Shaklee mengandungi keempat-empat tumbuhan semulajadi ini. Vitamin C pula merupakan elemen penting yang menggalakkan penghasilan kolagen dan tisu penyambung yang lain.


SUMBER KANDUNGAN VIVIX SHAKLEE
Sumber kandungan VIVIX Shaklee

Gabungan Polifenol dan Vitamin C yang kaya khasiat anti-oksidan juga terbukti secara klinikal sangat baik dalam menentang radikal bebas yang menyumbang kepada masalah penuaan kulit serta penyakit kesan penuaan seperti darah tinggi, jantung, kanser dan diabetes. 


KUASA VITAMIN C
Manfaat Vitamin C Shaklee
Shaklee berpengalaman lebih lima dekad dalam bidang penyelidikan dan pengeluaran produk kesihatan. Vivix Shaklee yang kaya dengan kolagen dan Vitamin C Shaklee semulajadi adalah antara produk paling ideal untuk menjaga kesihatan kulit, melewatkan penuaan dan menentang penyakit akibat kesan penuaan. Langkah anti penuaan hendaklah bermula di peringkat sel tubuh. Dengan memiliki sel-sel tubuh yang sihat, pastinya badan kita turut menjadi sihat dan awet muda daripada usia sebenar.


manfaat VIVIX shaklee
Manfaat VIVIX Shaklee


VIVIX SHAKLEE MELAMBATKAN PENUAAN SEL SECARA SEMULAJADI
Vivix melambatkan penuaan secara semulajadi
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang VIVIX Shaklee tonik minuman terbaik.

KEUNIKAN VITAMIN C SHAKLEE
Keunikan Vitamin C Shaklee

KECANTIKAN SEMULAJADI DAN KULIT YANG SIHAT DENGAN SHAKLEE

Apa tunggu lagi. Segeralah bertukar jenama Shakleee yang dijamin selamat tanpa bahan kimia. Saya yakin anda semua akan berpuas hati. Produk jenama Shaklee tidak pernah mengecewakan. Hubungi saya segera untuk pertanyaan lanjut.

Untuk menempah klik link di bawah:

Beli VIVIX SHAKLEE di sini

Beli Vitamin C di sini


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

sila hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma.



Sunday, June 29, 2014

Ujian Fungsi Hati

Pada tubuh manusia, hati adalah organ tubuh yang sangat penting untuk kelangsungan hidup. Ia terletak pada bahagian kanan di atas rongga perut (otot diafragma) dan mempunyai berat sekitar 2 kg atau 3-5% daripada jumlah berat tubuh kita.
Hati yang kecil ini amat bermakna dalam hidup kita. Ia memainkan peranan penting dalam melaksanakan perkara berikut;
#1 Meneutralkan toksik tubuh
Sebelum bahan toksik sampai ke ginjal, ia akan sampai ke hati terlebih dahulu untuk dineutralkan sebelum disingkirkan melalui air kencing. Ubatan secara umumnya adalah untuk menyembuhkan penyakit tetapi ianya juga merbahaya kepada sistem tubuh. Justeru, ia perlu dineutralkan sebelum disingkirkan melalui air kencing.
#2 Regenerasi Sel darah merah
Sel-sel darah merah yang mengandungi hemoglobin yang telah tua dan hampir tamat jangka hayat akan diuraikan kepada zat besi, heam dan globin. Zat besi akan dikembalikan kepada sum-sum tulang untuk pembentukan sel-darah merah dan globin akan digunakan semula bagi pembentukan hemoglobin. Heam akan diuraikan kepada bilirubin dan disalurkan ke usus yang menyebabkan warna najis yang unik. Apabila berlaku gangguan pada salur hempedu, bilirubin tidak dapat disalurkan ke usus menyebabkan bilirubin ini beredar dalam edaran darah sehingga mengakibatkan warna kekuningan kelihatan pada tubuh. Gejala ini dikenali sebagai penyakit jaundis.
#3 Produksi cecair hempedu
Cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati membantu dalam sistem pencernaan lemak. Lemak akan ditukarkan kepada asid lemak dan gliserol dengan bantuan cecair hempedu dan seterusnya diserap dalam sistem tubuh.
Produksi protein dan sistem imun
Protein tubuh yang dihasilkan oleh hati amat penting dalam menentukan sistem ketahanan tubuh dalam melawan serangan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.
#4 Tempat penyimpanan simpanan glukosa
Glikogen adalah merupakan simpanan karbohidrat tubuh. Dalam keadaan kekurangan glukosa, hati akan menukarkan glikogen kepada glukosa dan seterusnya di metabolismekan bagi pembentukan tenaga.
Kegagalan organ ini berfungsi boleh membawa kepada menyebabkan masalah kesihatan yang tiada ubatnya. Jika kegagalan fungsi ginjal boleh diganti dengan dialisis. Namun kegagalan fungsi hati tiada instrumen yang dapat mengambil alih tanggungjawabnya.
Ujian makmal boleh dilakukan terhadap darah bagi menentukan status fungsi hati kita. Antara ujian makmal yang dilakukan adalah ujian penentuan paras analit berikut :
  • Protein, albumin dan globulin
  • Bilirubin
  • Enzim Alkaline Phosphatase (ALP)
  • Enzim Alanine Transaminase (ALT)
  • Enzim Aspartate Transaminase (AST)
  • Gamma-glutamyl transpeptidase (GGT)
    Contoh darah bagi ujian fungsi hati
    Pengambilan darah untuk ujian fungsi hati
Menjadi satu amalan, apabila doktor ingin memulakan sesuatu rawatan ubatan, pesakit akan menjalankan ujian fungsi hati. Ujian ini amat penting bagi mengetahui status hati kita. Selepas pengambilan ubatan beberapa bulan, ujian fungsi hati akan dijalankan semula untuk mengetahui samada ubatan yang diberi boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati ataupun tidak.
Justeru itu, kita disarankan untuk menjalankan ujian fungsi hati apabila kita mengamalkan pengambilan sebarang ubatan seperti ubatan tradisional, produk pelangsingan tubuh dan makanan tambahan seperti vitamin dan mineral.
Apa jua ubatan atau makanan tambahan yang dianggap toksik oleh tubuh akan di neutralkan oleh hati. Beban kerja yang berlebihan terhadap hati boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati.
sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/dewasa/ujian-makmal-biokimia/ujian-fungsi-hati

Ayam, Keldai Dan Anjing



Masruq bin Ajda' bercerita: 

"Di sebuah desa pedalaman, terdapatsebuah keluarga yang hanya memiliki sekor ayam, keldai dan anjing. Ketiga-tiga haiwan ini sangat disayangi oleh mereka kerana manfaatnya bagi keluarga tersebut. Ayam untuk mengejutkan bangun solat, keldai untuk mengambil air dan anjing untuk menjaga rumah.



Suatu hari, seekor musang memakan ayam mereka. Seisi keluarga berasa sangat sedih. Namun si ayah berkata: "Tidak mengapa. Insya-Allah takdir ini baik untuk kita." Selang beberapa hari kemudian, seekor serigala membunuh keldai mereka. Ahli keluarga itu kembali bersedih, namun si ayah tetap berkata: "Tidak mengapa. Insya-Allah takdir ini baik untuk kita."


Selang beberapa waktu, anjing mereka juga mati secara tiba-tiba. Seluruh ahli keluarga itu kembali bersedih, namun si ayah tetap berkata: "Tidak mengapa. Insya-Allah takdir ini baik untuk kita."

Pada suatu pagi, ahli keluarga itu terbangun dari tidur. Mereka mendapati seluruh penduduk desa telah ditawan dan dibawa pergi oleh sekumpulan penyamun pada malam tersebut. Hanya ahli keluarga ini yang terselamat, kerana para penyamun itu hanya memasuki rumah-rumah yang terdengar suara haiwan di dalamnya sahaja.

(Al-Hafiz Ibn Abi Dunya, Al-Ridha 'Anillah)

PENGAJARAN:
Takdir Allah sentiasa baik untuk manusia. Hanya kita tidak memahami hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

Apabila sesuatu musibah menimpa kita, ucapan pertama yang kita perlu ucap ialah "InnaLillahi ainna Ilaihi raji'un" kerana setiap ujian yang datang itu semuanya darpada Allah. Kita disuruh bersangka baik dengan Allah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. 

Saturday, June 28, 2014

Sihat dan Ceria Bersama Shaklee Di Bulan Ramadhan

Alhmdulillah dan syukur kepada Allah SWT kerana kita masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Bagi umat Islam, bulan Ramadhan ialah bulan yang dinanti-nantikan kerana selain berpuasa, membersihkan dosa, menyucikan jiwa, ia juga dilihat sebagai bulan menyah-toksin dari tubuh.

Orang kata "perut sarang penyakit". Berpuasa sangat baik dalam membantu tubuh menyingkirkan pelbagai "racun" yang bersarang di dalam perut. Berpuasa sebenarnya memberi ruang masa yang cukup kepada organ pencernaan kita seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki mana-mana bahagian yang rosak dek pertambahan beban makanan harian yang kita makan. 

Dengan berpuasa juga toksin daripada kolon, buah pinggang, pundi kencing dan paru-paru serta kulit dapat dikeluarkan dari tubuh secara menyeluruh. Hasilnya ia mampu melapangkan kesan sumbatan pada dinding saluran pernafasan dan pemakanan. Bekalan oksigen yang lebih banyak menjadikan sel-sel lebih bertenaga. Kitaran pembersihan ini penting bagi sistem penghadaman sihat dan pencegahan barah usus. 

Selain itu, tabiat pemakanan seseorang itu dilihat turut menyumbang kepada faktor kesihatan. Deretan bazar Ramadhan yang menawarkan pelbagai juadah enak yang jarang dijumpai dibulan lain sebelumnya tanpa kita sedari menyumbang kepada masalah peningkatan berat badan dan membuatkan kita rentan serangan penyakit dek peningkatan cita rasa. Justeru, pemilihan makanan seimbang dan ditambah suplemen berkualiti perlu untuk menghindari sebarang penyakit.

Di sini saya ingin menyarankan produk Shaklee kepada anda semua yang sedang tercari-cari suplemen terbaik untuk diambil ketika berpuasa. Produk Shaklee dihasilkan dengan menggunakan bahan semulajadi yang sentiasa selamat dan berkesan.

Waktu berbuka puasa - berbuka hendaklah dimulai dengan kurma sebagaimana amalan Nabi Muhammad SAW berbanding kuih muih manis serta kurang serat yang dibeli di bazar ramadhan. Selain juadah utama, anda boleh tambahkan gabungan terbaik minuman Perfomance Orange dan Energizing Soy Protein (ESP) atau Meal Shakes untuk tenaga tambahan sebagai bekalan menunaikan solat terawih di samping mengambil Alfalfa Complex untuk proses detoksifikasi tubuh.


ESP, PERFOMANCE DRINK, MEAL SHAKE, ALFALFA

Sebelum tidur - amalkan segelas ESP berserta vitamin lain seperti Vita-Lea (multivitamin), B-complex, Vitamin C Plus serta Nutriferon untuk meningkatkan sistem imun anda bagi mengelak penyakit biasa seperti batuk, demam dan selesema. 

Vita-Lea, B-complex, Vitamin C, Nutriferon

Memandangkan Ramadhan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering serta jerebu dan ramalan fenomena El Nino akan melanda Malaysia pada pertengahan tahun ini, maka adalah perlu umat Islam memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga. Banyakkan minum air.

Waktu bersahur - anda boleh mengambil nasi atau apa jua juadah sahur. Namun, memandangkan waktu yang singkat dan kesukaran mengejutkan anak bersahur, gabungan minuman Perfomance Orange dan Enegizing Soy Protein (ESP) serta Meal Shake untuk anak anda dapat memudahkan para ibu memberikan yang terbaik buat keluarga agar kekal sihat dan bertenaga pada siang hari. Sebagai tambahan anda boleh mengambil Alfalfa Complex untuk program detoksifikasi anda.


Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa serta selamat bersahur untuk pembaca-pembaca blog saya khususnya dan untuk semua umat Islam di Malaysia umumnya.

Rebutlah peluang yang ada di dalam bulan Ramadhan ini untuk menambahkan amalan dan pahala kita buat bekalan di akhira kelak. Stiap amalan yang kiata lakukan pad abulan yang mulia ini akan digandakan. Banyakkan bersedekah, membaca al-Quran, dan amala-amalan sunat lain.

Gabungan yang dinyatakan di atas hanya cadangan untuk nutrisi yang paling lengkap semasa berpuasa. Tak semestinya kita mengambil semua supplemen yang dicadangkan. Ia bergantung kepada keperluan dan kemampuan kita. anda boleh menghubungi saya untuk pertanyaan lanjut.

Untuk menempah klik link di bawah:

Beli SET BERPUASA di sini


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

sila hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma.

Jika puan-puan, kakak-kakak, adik-adik berminat untuk mencuba set berpuas Shaklee yang awesome ini, boleh hubungi saya untuk dapatkan harga diskaun tau! InsyaAllah saya akan berikan yang terbaik untuk pelanggan tersayang.

Hubungi saya:Puan Akmal 0139279846


Panduan Diet Malaysia Untuk Gaya Hidup Sihat.



Masalah obesiti di Malaysia semakin membimbangkan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2010, Malaysiamerupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk yang gemuk di AsiaTenggara dan berada di tempat ke-enam di seluruh Asia. Sesetengah rakyat Malaysia tahu betapa seriusnya penyakit ini, namun masih ramai yang tidak menyedari akan bahayanya.

Hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, atau NHMS pada tahun 1996-2011 mendapati bahawa kadar obesiti telah meningkat kepada hampir tiga setengah kali ganda, daripada 4.4% pada tahun 1996 kepada 15.1% pada tahun 2011. Manakala prevalens lebih berat badan pula meningkat kepada 29.4% pada tahun 2011, menjadikan kira-kira 50% atau satu daripada dua orang dewasa di Malaysia adalah sama ada lebih berat badan atau obes.

Berikut adalah panduan diet Malaysia yang boleh kita amalkan untuk gaya hidup sihat sepanjang hayat.

#1 Makan pelbagai jenis makanan mengikut pengambilan disarankan Piramid Makanan Malaysia.



#2 Kekalkan berat badan dalam julat sihat.

#3 Aktif secara fizikal setiap hari.

#4 Makan nasi, produk bijirin (terutama bijrin penuh) dan ubi secukupnya.

#5 Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran pelbagai warna setiap hari.



#6 Makan ikan, daging, ayam, telur dan kekacang secra sederhana.

#7 Ambil susu dan produk tenusu secukupnya.

#8 Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak dan kurangkan minyak dalam masakan.

#9 Pilih dan sediakan makanan kurang garam dan sos.

#10 Ambil makanan dan minuman rendah gula.

#11 Minum banyak air setiap hari.



#12 Amalkan penyusuan ekslusif sejak bayi lahir hingga enam bulan dan teruskan penyusuan sehingga berusia dua tahun.

#13 Ambil makanan dan minuman selamat dan bersih.

#14 Gunakan maklumat pemakanan pada label makanan dengan berkesan.

#15 Pengambilan suplemen dan nutrisi tambahan dalam diet harian kita untuk menampung kekurangan vitamin dalam diet harian kita. 

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk kita semua. 

Friday, June 27, 2014

Serlahkan Kecantikan Semulajadi Dengan Shaklee Collagen Powder


SHAKLEE COLLAGEN POWDER
Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia, Ia menyumbang kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Paras kolagen yang tinggi menyerlahkan tubuh yang sihat dan menampilkan wajah yang lebih muda.
Malangnya, semakin meningkat usia kita kolagen di dalam badan akan semakin berkurangan. Tetapi jangan bimbang, kemerosotan secara semula jadi ini boleh diatasi melalui pengambilan makanan tambahan atau supplement. Pengambilan makanan tambahan secara tetap dapat menggantikan kolagen yang hilang.

Bukan itu sahaja, ia juga berupaya menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan gari-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut. 

Oleh itu apa kata anda mencuba Shaklee Collagen Powder. Ia merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000 mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen diekstrak daripada sisik ikan merah.
sumber utama shaklee collagen powder
Sumber Utama Shaklee Collagen Powder ialah sisik ikan merah
Kolagen ini memiliki molekul yang sangat ringan iaitu kira-kita 1,000 Dalton. Tujuannya tidak lain bagi membolehkannya diserap dengan mudah oleh tubuh manusia selain membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis/kulit dengan lebih berkesan. Sisik ikan merah juga merupakan sumber kolagen premium dengan kadar penyerapan lebih tinggi dan tahap pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan.
Shaklee Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder terdiri daripada tujuh bahan utama iaitu ekstrak biji benih Camelia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen sisik ikan merah, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
Buktinya ia dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Berdasarkan ujian klinikal yang dibuat, sebanyak 75% orang merasa tekstur kulit bertambah baik selepas menggunakan selama 8 mingggu
stastik ujian klinikal shaklee collagen powder
Kesan-kesan lain yang boleh dilihat adalah:
#1 Anti penuaan - mengurangkan liang-liang pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
#2 Menghidratkan - Melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan menggelupas pada wajah.
#3 Mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
#4 Melicinkan - menigkatkan kelembutan dan kelicinan.
#5 Menyubur - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang lebat dan bersinar.
#6 Mencerahkan - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
#7 Menegang - membantu menegang dan menanjalkan payudara.
#8 Faedah tambahan - menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.
Fungsi bahan utama di dalam Shaklee Collagen Powder
Fungsi bahan-bahan utama di dalam Shaklee Collagen Powder
Jika anda mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi. Shaklee Collagen Powder adalh pilihan anda yang tepat dan hebat.

Untuk menempah klik link di bawah:

Beli SHAKLEE COLLAGEN POWDER di sini


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

sila hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi

Memilih B-Complex yang baik

B-COMPLEX SHAKLEE
Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.
B-COMPLEX SHAKLEE
B-complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarangf lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-complex setiap hari.

MEMILIH B-COMPLEX YANG BAIK
Ada beberapa perkara yang perlu anda semua apabila memilih untuk membeli mana-mana produk B-Complex. Ini penting agar tidak tertipu dan mendapatkan vitamin B-complex yang lengkap. 
#1 Mengandungi semua 8 vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana yang dinyatakan daalm RDA (kesemua perlu diambil pad awaktu yang sama)
#2 Harus mengandungi 100% asid folik dan biotin
#3 Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
#4 Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan laut air (sustain release)
B-COMPLEX YANG BAIK

KENAPA KITA PERLU MEMILIH SHAKLEE B-COMPLEX?

Lihat jadual di bawah. Jadual ini menunjukkan perbezaan yang terdapt di antara B-complex Shaklee dengan jenama lain. Lihat  pada kandungan Biotin dan Asid Folik. Kandungan kedus-dua komponen ini sangat tinggi peratusny ajik adibandingkan dengan jenama lain. Anda nilai dan pilihlah mana yang terbaik.
PERBANDINGAN KANDUNGAN NUTRISI DI DALAM B-COMPLEX SHAKLEE DENGAN JENAMA LAIN
Perbandingan B-complex Shaklee dengan jenama lain 
Semestinya B-complex Shaklee yang terbaik. Ia bukan sahaja mengandungi kesemua 8 komponen vitamin B yang diperlukan oleh tubuh kita, malah harga yang ditawarkan adalah murah berbanding jenama lain. Hanya dengan RM53.75 sebotol dan mengandungi 120 tablets anda boleh memilikinya dan menggunakannya sehingga 4 bulan. Sangat jimat dan berbaloi-baloi. 

B-Complex Shaklee menjadi pilihan saya. Anda bagaimana?? Pilihan di tangan anda. Sayangi diri anda. Klik link ini untuk mengetahui MANFAAT UTAMA B-COMPLEX

Untuk menempah klik link di bawah:

Beli B-Complex di sini


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit. Ia hanyalah suplemen iaitu makanan tambahan yang menjadi pelengkap dalam diet harian kita demi menjamin kesihatan kita sepanjang hayat."

sila hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma 

Thursday, June 26, 2014

TIP KESIHATAN UNTUK WANITA 30-AN

Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je… seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.




Semoga sedikit tip di bawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an dapat mengekalkan kesihatan dan keterampilan diri yang baik.


#1 Kawal pemakanan

Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.



#2 Guna Pelembap yang sesuai

Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.



#3 Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari

Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari di dalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.


#4 Sentiasa bersenam

Bersenam mampu meningkatkan tahap keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.




#5 Minum banyak air

Kekeringan dan gejala penuaan boleh dilambatkan dengan meminum banyak air putih. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.


#6 Makanan tambahan

Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan di pejabat dan di rumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan yang seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan vitamin akibat pengambilan makanan harian yang tidak lengkap dan tidak seimbang.


#7 Elakkan bermekap tebal


Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana sahaja. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.




#8 Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang


Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang orang yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan tekanan.




Semoga informasi bermanfaat untuk kita semua.

Wednesday, June 25, 2014

Nutriferon Pengganti Panadol Di Rumah, Immune Booster Terbaik

Penemuan Terhebat Dalam Bidang Immunologi


Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia (Nutriferon).


Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formulayang digunakan adalah semulajadi, selamat, tulen dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.
nutriferon
Nutriferon Shaklee diekstrak dari 4 jenis tumbuhan


Nutriferon adalah satu Formula Ekslusif dan dipatenkan oleh Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee.

Di dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit Hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes, HIV dll. Tambahan pula ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi tubuh kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit lain lagi
.

MANFAAT UTAMA



#1 Mengukuhkan Sistem Imun  dalam masa 3 hari


Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah membuktikan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengarahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh; T-cells, B-cells dan makrofog.


#2 Melawan kanser & Tumor -


Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin  melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.  

#3 Melindungi dari Influenza -

Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.


#4 Meringankan stress & Kelesuan


Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan, dan gaya hidup yang sibuk.


#5 Melambatkan penuaan


Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofog untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru, sel-sel akan menjadi lebih sihat.


#6 Mengyurangkan infeksi  oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C


Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit-pesakit Hepatitis B & C.


#7 Mengurangkan PMS - 


Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.


Dari manakah datangnya Virus, Kuman & Mikrob?



Kita sentiasa terdedah kepada beribu jenis mikrob melalui pernafasan (penghawa dingin, gas buangan, asap, virus di udara, habuk), berjabat tangan, sentuhan dengan objek (perabot,  hama pada selimut, pengankutan awam, pelu, air), makanan, latihan fizikal, persekitaran kerja dan sebagainya.


Bagaimana Mikrob Menjejaskan Kita?



Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita pada sat-satu masa terutama sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stress, tidur yang terganggu atau dijangkiti flu, batuk, alergi, asthma, ekzema, jerawat dan sebagainya. 

Sel-sel yang teroksidasi dan tidak sihat akan membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit degeneratif, penyakit kronik, kanser dan lain-lain.


Sistem imunisasi tubuh manusia berfungsi untuk melawan serangan virus, kuman dan mikrob

Untuk menempah klik link di bawah:

Beli NUTRIFERON di sini 



"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."



Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal:
H/P no: 0139279846

Lasak dan Bertenaga Bersama Perfomance Drink Shaklee

Perfomance Pure Hydration Drink


Pertama sekali dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme). Perfomance merupkan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Melalui pemerkasaan produk Perfomance dari Shaklee, penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang paling jauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan sehingga kini.



Perfomance drink

Perfomance juga telah direka khusus untuk angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Perfomance sebagai pilihan utama mereka kerana minuman ini telah bayank membantu mereka dalam mencipta rekod dunia bukan sahaja dalam dunia sukan malah aktiviti pengembaraan. 

Ujian klinikal membuktikan rumusan eklusif Opticarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.

Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Perfomace mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbihidrat dengan segera.


perfomance drink

MANFAAT UTAMA
#1 Meningkatkan daya ketahanan badan - memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakn tubuh

#2 Membekalkan tenaga & daya ketahanan fizikal - ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh. ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam melakukan kerja-kerja harian yang merlukan mereka berada di luar rumah.

#3 Mencegah penyahidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembapkan kulit dan membantu agar kelihatan muda.

#4 Mengekalkan paras gula - terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan proses penyembuhan akibat kecederaan otot.

Perfomance merupakan hidangan dan menu yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama dengan minuman kegemaran anda yang lain.

Siapa yang perlu mengambil Perfomance dalam diet harian mereka??
# para atlet
# mereka yang berpuasa
# mereka yang akan menjalani pembedahan - minum sebelum dan selepas pembedahan
# mereka yang selalu tidur lewat malam
# yang mengalami penyahidratan otot
# golongan yang berkerja kuat
# yang mengalami cirit-birit
# yang tiada selera makan
# rendah paras gula

Untuk menempah klik link di bawah:

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

sila hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi

Wednesday, June 18, 2014

RAHSIA HALIA (ZANJABIL)



Halia merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah dalam masakan orang Asia.

Halia sudah tidak asing lagi bagi kita, baik sebagai ramuan masakan mahupun ubat-ubatan.

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Insan (76:17) yang bermaksud:
" Dan mereka di dalam Syurga itu diberi minum sejenis minuman yang campurannya draipada Zanjabil"

KANDUNGAN HALIA

Sifat khas halia disebbakan adanya minyak atsiri yang menghasilkan aroma harum dan kandungan oleoresin yang memberikan rasa pedas. Minyak atsiri dapat diperolehi daripada rizom halia kering. Ekstrak minyak halia berbentuk  cairan kental berwarna kuning kehijauan, berbau harum tetapi tidak memiliki komponen pembentuk rasa pedas. Kandungan minyak atsiri dalam halia kering sekitar 1-3&. Halia banyak mengandungi komponen pembentuk rasa pedas.

Menurut kitab-kitab perubtan Islam, hakia (zanjabil) dapat mengatsi masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angin dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan dalam badan.

Sejak dahulu halia digunakan sebagai ubat, ramuan masakan dan keperluan lain. Halia dapat merangsang kalenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan.

Halia yang digunakan sebagai ramuan dalam masakan berkhasiat untuk menambah nafsu makan, memperkuatkan rusuk dan membaiki pencernaan Hal ini kerana teransangnya selaput lendir perut besar dan usus oleh minyak atsiri daripada halia.

Minyak halia yang berbua harum dan berkhasiat mencegah serta mengubati mual dan muntah, misalnya mabuk kenderaan atau alahan wanita yang hamil. Rasanya yang tajam merangsang nafsu makan, memperkuat otot usus, membantu mengeluarkan gas usus serta membantu fungsi jantung.


Dalam pengubatan tradisional Asia, halia digunakan untuk mengubati selesema, batuk, cirit-birit dan penyakit radang  sendi tulang.

MANFAAT HALIA

Berdasarkan kajian yang dijalankan, telah membuktikan secara ilmiah manfaat halia, antaranya ialah:

#1 Menurunkan tekanan darah
halia merangsang pelepasan hormin adrenalin danm memperlebar pembuluh darah. Akibatnya darah mengalir lebih cepat dan lancar serta memudahkan jantung mengepam daarh.

#2 Membantu proses pencernaan
halia mengandungi enzim pencernaan kiaitu protease dan lipase yang berfungsi mencerna protein dan lemak.

#3 Mencegah pengumpulan darah
Halia dapat mencegah tersumbatnya pembuluh darah yang menyebabkan terjadinya penyakit strok dan serangan jantung. Zat halia juga dikatakan dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.

#4 Mencegah mual
Halia mampu menyekat serotonin, iaitu tindak balas kimia yang dapat menyebabkan perut memulas sehingga timbul rasa mual.

#5 Mengeluarkan angin
Membuat perut menjadi selesa, meringankan ketegangan perut dan membantu mengeluarkan angin.

#6 Mengandungi antioksidan
Membantu meneutralkan kesan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dalam tubuh.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.t