Wednesday, November 19, 2014

6 Makanan Hebat Bantu Turunkan Kolesterol

6 Makanan Hebat Membantu Menurunkan Koelsterol
Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.

Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.

Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menurunkan paras kolesterol. Salah satu ialah mengubah corak pengambilan makanan. Dengan mengelak pengambilan makanan berasaskan haiwan, ia boleh mengurangkan tahap kolesterol di dalam badan bukan sahaja dengan mengurangkan kuantiti kolesterol tersebut malah mengurangkan kadar sintesis atau penghasilan kolesterol di dalam badan. 


Memilih diet yang sihat dengan mengurangkan pengambilan lemak tepu adalah sangat penting untuk menurunkan kadar koesterol di dalam darah. Berikut ialah enam jenis makanan hebat yang aktif yang boleh membantu nenurunkan paras kolesterol di dalam darah.


1# SOYA

Makanan yang berasaskan soya kaya dengan kalsium dan mineral membantu memecahkan lemak sekaligus membantu menurunkan kolesterol secara sihat. Kajian menunjukkan pengambilan soya sebanyak 15 gram setiap hari mampu mengurangkan kolesterol sebanyak 6%. 

Kandungan protein yang tinggi di dalam soya membuatkan perut kita kan kenyang dalam tempoh yang lama apabila mengambilnya. Secara tak langsung soya juga membantu seseorang itu untuk menurunkan berat badan. Soya juga bagus untuk kesihatan kulit. Soya juga dikatakan membantu mencegah penyakit jantung dan kencing  manis.


2# KEKACANG

Semua jenis kekacang adalah kaya dengan protein sayur, serat (fiber), lemak tidak tepu yang baik untuk kesihatan jantung. Kekacang juga mengandungi vitamin E, magnesium, potassium, sterol tumbuhan semulajadi dan sejumlah nutrien tumbuhan yang bermanfaat. Pengambilam 30 hingga 35 gram kekacang seperti badam, hazelnut, kacang pistachio, walnuts dan sebagainya setiap hari berpotensi mengurangkan kolesterol sebanyak 5% secara purata.


3# OAT DAN BARLI

Kedua-dua jenis makanan ini kaya dengan sejenis serat (fiber) larut yang dipanggil beta glukan. Beta glukan ini berfungsi membentuk sejenis gel yang akan mengikat kolesterol di dalam usus dan menghalang kolesterol daripada diserap semasa proses penghadaman. Untuk menurunkan kadar kolesterol, dicadangkan mengambil makanan yang mengandungi beta glukan seperti oat dan barli sebnayak 3 gram setap hari.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan digalakkan mengambil oat sebgai pengganti nasi. Oat boleh dimakan banyak seperti nasi. Lagi banyak anda makan, lagi banyak khasiatnya yang anda dapat. Untuk kesan mendapatkan kesan yang baik, oat perlu diambil sebanyak satu mangkuk penuh pada waktu pagi dan malam.


4# Makanan yang kaya dengan sterol dan stanol tumbuhan (plant sterols)


Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols atau Stanols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Sterol dari segi struktur menyamai kolesterol dan dibahagikan kepada sterol dan stenol. Sterol dan stenol berfungsi menyekat penyerapan kolesterol di dalam usus.

Dipetik dari http://heartuk.org.uk/cholesterol-and-diet/healthy-eating/plant-sterols-and-stanols 
"Plant sterols and stanols (phytosterols) are found naturally in plants and are structurally similar to cholesterol. Their cholesterol-lowering effects have been known for some time."
Sterol dan stenol dijumpai secara semulajadi di dalam pelbagai jenis makan seperti minyak sayur, kekacang, bijirin penuh, buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Walaubagaimanapun kita tidak mampu memenuhi pengambilan phytosterols ini hanya dari makanan yang kita ambil setiap hari. Malah, pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.

5# BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN

Ramai yang tahu akan kebaikan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Semua buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak tepu yang rendah dan bebas kolesterol. Kita digalakkan mengambil makanan ini dengan banyak. 

BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.


6# MAKANAN KAYA LEMAK TIDAK TEPU

Lemak tidak tepu ialah sejenis lemak yang boleh diperoleh daripada sumber haiwan dan tumbuhan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lemak poli tak tepu, lemak mono tak tepu dan asid lemak trans. Pada suhu bilik, ia berada dalam keadaan cecair.

Lemak poli tak tepu - Sumber lemak jenis ini ialah bijian, kekacang dan ikan laut dalam. Contohnya minyak bunga matahari, jagung, soya, safflower, bijan, biji benih flaks dan kacang.

Ikan laut dalam pula seperti salmon, tuna, sardin, makerel dan trout membekalkan asid lemak perlu Omega-3 manakala minyak jagung, soya dan safflower pula mengandungi asid lemak perlu Omega-6.

Asid lemak perlu ialah lemak yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.

Lemak jenis ini dikategorikan sebagai lemak baik kerana ia boleh mengurangkan paras kolesterol buruk (LDL), trigliserida dan jumlah kolesterol keseluruhan.

Lemak mono tak tepu - Sumbernya ialah bijian dan kekacang seperti minyak kanola, kacang tanah, zaitun dan bran beras. Ia juga dianggap lemak baik kerana boleh mengurangkan jumlah kolesterol keseluruhan dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).


Lemak trans - Lemak trans dihasilkan apabila minyak dalam bentuk cecair ditukar ke bentuk pepejal seperti margerin, pepejal susu atau lemak (lemak yang digunakan dalam pastri) dan gi sayuran (vegetable ghee). Proses penukaran ini dipanggil hidrogenasi.

Ia dikategorikan sebagai lemak yang sangat buruk (dua hingga lima kali lebih teruk daripada lemak tepu) kerana asid lemak trans boleh meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan kolesterol baik.

Lemak trans adalah lemak tidak tepu; bermakna rantaian kimianya tidak dipenuhi hidrogen. Namun, apabila lemak tidak tepu menjalani proses hidrogenasi (penambahan hidrogen pada rantaian kimianya), ia menjadi satu rantaian baru menyebabkan lemak trans berada dalam keadaan pepejal pada suhu bilik.

Lemak trans digunakan untuk memperbaiki kualiti produk makanan, mengekalkan kesegarannya dan menaikkan rasa makanan supaya ia boleh berada di pasaran bagi tempoh lama.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jom kita amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Makanan yang sihat bukan sahaja penting untuk menurunkan kolesterol malah ia sangat penting untuk jaminan kesihatan sepanjang hayat.
#JomSihatTanpaUbat

====================@@@@@@@@@====================

Bagaimana Shaklee Boleh Membantu??

Bagi anda yang menghadapi kolesterol tinggi dan juga terlalu rendah serta berada di dalam rawatan doktor, saya nasihatkan anda supaya merujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana suplemen. Ini kerana dikhuatiri adanya tindak balas antara ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital dengan suplemen yang diambil.

Jika anda ingin mencuba menurunkan kolesterol dengan cara semulajadi tanpa ubat, haruslah diingatkan bahawa pengambilan suplemen bukanlah suatu magic yang boleh menyembuhkan segala penyakit dengan sekelip mata. Suplemen hanya membantu di samping pengawalan makanan juga harus dititik beratkan.

Walaubagaimapun pengambilan secara konsisten dan berkala serta mengamalkan tips-tips yang disebutkan akan membantu anda mengatasi masalah ini.

PHYTOCOL-ST 

Perubahan Gaya Hidup Bantu Turunkan Kolesterol
Phytocol-St Shaklee dirumus daripada bahan-bahan terpilih yang mengandungi fitosterol untuk membantu menghalang penyerapan kolesterol ke dalam darah secara semulajadi. Ini telah terbukti secara klinikal dan berdasarkan kajian lebih daripada 80 kajian yang telah dijalankan untuk menguji keberkesanan produk ini.


Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol:

#1 Phytocol-ST ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh secara semulajadi.

#2
 Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian,berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi.

#3
 Dirumus daripada campuran sterol & stanol 
(fitosterol) yang didapati secara daripada tumbuhan, buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran yang terpilih.

#4 Membekalkan 2,000mg sterol & stanol  tumbuhan yang diperlukan oleh tubuh manusia setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

#5 Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.

OMEGA GUARD 

Perubahan Gaya Hidup Bantu Turunkan Kolesterol
OMEGA GUARD SHAKLEE merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia. Di mana di dalamnya terdapat kesemua 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi yang diperlukan oleh tubuh kita iaitu EPA, DHA, ALA, ETA, HPA, SDA dan ETA. Omega Guard Shaklee dihasilkan dengan menggunakan teknologi terkini iaitu kaedah ultratulen bergred farmaseutikal. Ia di hasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi.

Salah satu fungsi Omega guard Shaklee ialah mencegah penyakit saluran darah dan strok - Kandungan EPA dan DHA yang terdapat di dalam OMEGA GUARD SHAKLEE membantu menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kepekatan darah, melancarkan peredaran darah. 

Oleh sebab itu OMEGA GUARD SHAKLEE sangat membantu mengekalkan tekanan darah normal dan keteganagn di leher atau sakit kepala. Ia juga membantu mengurangkan paras kolesterol, megawal masalah obesiti, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, dan membantu mengekalkan kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL.

Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal:
Whatsapp/Telegram: 0139279846

Sunday, November 16, 2014

Perubahan Gaya Hidup Bantu Turunkan Kolesterol

Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah adalah penyumbang besar kepada penyakit jantung dan strok. 

Tahap kolesterol yang tinggi ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti diet yang tidak seimbang, keturunan atau kedua-duanya sekali, di samping gaya hidup yang tidak aktif.

KOLESTROL ialah bahan lembut seperti lilin yang terdapat dalam aliran darah dan sel badan kita. Ia penting untuk membantu badan berfungsi dan pembentukan membran sel dan hormon yang dibawa melalui lipoprotein.

Lipoprotein Densiti Tinggi (HDL) adalah kolestrol baik yang mampu mengelakkan endapan kolestrol.

Selain itu, Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) merupakan kolestrol tidak baik yang boleh berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak yang menyumbat arteri.


Perubahan Gaya Hidup Bantu Turunkan Kolesterol

Ini akan menyempitkan aliran darah dan oksigen yang membuatkan seseorang diserang sakit jantung atau strok. Justeru itu, amat penting bagi anda mengawas tahap kolestrol dan mengawalnya demi kesihatan jantung.

Semua orang tahu bahawa kolestrol mempunyai kaitan dengan penyakit kronik seperti kardiovaskular atau strok. Kita selalu dinasihatkan agar tidak mengambil telur, santan, daging atau makanan berlemak lain apabila kita mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.

Corak pemakanan dan gaya hidup yang betul boleh membantu menurunkan paras kolesterol di dalam darah.

Terdapat beberapa amalan gaya hidup yang sihat yang boleh membantu menurunkan kolesterol dengan berkesan dan efektif tanpa anda mengeluarkan wang. Sudah pasti ia sangat menjimatkan wang anda. Antaranya ialah:

BERHENTI MEROKOK


Merokok menjadi penyebab kematian utama yang sebenarnya boleh diubah. Tetapi ramai yang tidak mampu berhenti merokok sehinggalah diserang penyakit jantung dan sebagainya. Merokok akan menurunkan kadar kolesterol baik HDL di dalam tubuh. 

Selain itu, merokok dikatakan juga mengubah LDL ke dalam bentuk yang menyebabkan pembentukan plak pada dinding arteri koroner. Merokok akan meningkatkan risiko seseorang diserang oenyakit jantung dengan cara merosakkan jantung dan pembuluh darah.

DIET SEIMBANG


Diet yang sesuai untuk menurunkan kolesterol adalah diet rendah lemak. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu. 

Jadi anda perlu memilih makanan yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda.

Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.
Jadi pastikan makanan yang diambil setiap hari mengandungi kurang lemak jahat iaitu dengan mengurangkan makanan bergoreng, yang mengandungi santan dan minyak. Banyakkan makan sayur-sayuran terutama sayuran hijau dan buah-buahan. Amalkan snek yang sihat.

Diet yang sihat serta seimbang akan membekalkan nutrien harian dan komponen makanan lain yang membolehkan anda memiliki minda serta tubuh yang sihat dan juga bertenaga untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian anda.

Sebaiknya, makanlah pelbagai jenis makanan kerana tiada makanan khusus yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan.

Makanan yang berbeza dalam kumpulan yang sama (seperti beras, roti dan bijirin sarapan) membekalkan nutrien yang berbeza dalam jumlah yang berbeza.

Makanan yang seimbang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak serta kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam.

OLAHRAGA / BERSENAM


Orang yang mengandungi kolestrol yang tinggi digalakkan membuat aktiviti fizikal dengan lebih kerap. Aktiviti fizikal seperti bermain badminton berbasikal dan aktiviti lain yang mengeluarkan peluh membantu anda menurunkan kadar kolesterol.

Orang yang aktif sepanjang hidupnya berisiko lebih rendah sebanyak 45% untuk menghadapi penyakit jantung koroner berbanding dengan orang yang tidak mengamalkan aktiviti fizikal.

Menjadi aktif secara fizikal adalah sama pentingnya dengan makan secara sihat . Aktiviti fizikal akan memperbaiki kesihatan kardiovaskular, kekuatan dan kefleksibilan membakar kalori untuk menjadikan anda sentiasa sihat dan langsing serta membuatkan anda kelihatan, rasa dan berfikir dengan lebih baik.

Senaman yang tidak mencukupi boleh menyebabkan berlebihan berat badan atau obes di mana akhirnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius. 


Sekurang-kurangnya bersenam selama 30 minit setiap hari dengan berjalan kaki. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes, maka anda perlu bersenam dengan lebih kerap (dan untuk jangka masa yang lebih lama) untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan.


TURUNKAN BERAT BADAN


Bagi mereka yang menghadapi berat badan berlebihan cenderung mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat LDL. Mengurangkan berat badan antara 2.3 kg hingga 4.5 kg boleh meurunkan kadar kolesterol dan trigliserida.

Anda boleh menurunkan berat badan dengan mengambil diet rendah lemak dan kolesterol, melakukam aktiviti fizikal secara konsisten dan mengurangkan pengambilan jumlah kalori.

Setiap orang memerlukan kadar kalori yang berbeza. Kita hendaklah mengetahui kadar kalori yang diperlukan supaya pengambilan makanan dapat dikawal.

KURANGKAN TEKANAN (STRESS)


Walaupun kaitan antara tekanan dengan kenaikan kolesterol di dalam badan masih dalam kajian dan belum ada penjelasan yang konkrit, namun terdapat kajian yang mengaitkan bahawa tekanan yang dihadapi seseorang dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan paras kolesterol. Tekanan yang dihadapi terlalu lama juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain yang tidak diingini seperti migraine dan sebagainya.


Bagaimana Shaklee Boleh Membantu??



Bagi anda yang menghadapi kolesterol tinggi dan juga terlalu rendah serta berada di dalam rawatan doktor, saya nasihatkan anda supaya merujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana suplemen.

Ini kerana dikhuatiri adanya tindak balas antara ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital dengan suplemen yang diambil.

Jika anda ingin mencuba menurunkan kolesterol dengan cara semulajadi tanpa ubat, haruslah diingatkan bahawa pengambilan suplemen bukanlah suatu magic yang boleh menyembuhkan segala penyakit dengan sekelip mata. 

Suplemen hanya membantu di samping pengawalan makanan juga harus dititik beratkan.

Walaubagaimapun pengambilan secara konsisten dan berkala serta mengamalkan tips-tips yang disebutkan akan membantu anda mengatasi masalah ini.

PHYTOCOL-ST

Perubahan Gaya Hidup Bantu Turunkan Kolesterol
Phytocol-St Shaklee dirumus daripada bahan-bahan terpilih yang mengandungi fitosterol untuk membantu menghalang penyerapan kolesterol ke dalam darah secara semulajadi. Ini telah terbukti secara klinikal dan berdasarkan kajian lebih daripada 80 kajian yang telah dijalankan untuk menguji keberkesanan produk ini.


Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol:



  • Phytocol-ST ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh secara semulajadi.

  • Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian,berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi.

  • Dirumus daripada campuran sterol & stanol (fitosterol) yang didapati secara daripada tumbuhan, buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran yang terpilih.

  • Membekalkan 2,000mg sterol & stanol  tumbuhan yang diperlukan oleh tubuh manusia setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

  • Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.

OMEGA GUARD


Perubahan Gaya Hidup Bantu Turunkan Kolesterol
OMEGA GUARD SHAKLEE merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia. Di mana di dalamnya terdapat kesemua 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi yang diperlukan oleh tubuh kita iaitu EPA, DHA, ALA, ETA, HPA, SDA dan ETA.

Omega Guard Shaklee dihasilkan dengan menggunakan teknologi terkini iaitu kaedah ultratulen bergred farmaseutikal. Ia di hasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi.

Salah satu fungsi Omega guard Shaklee ialah mencegah penyakit saluran darah dan strok - Kandungan EPA dan DHA yang terdapat di dalam OMEGA GUARD SHAKLEE membantu menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kepekatan darah, melancarkan peredaran darah. 

Oleh sebab itu OMEGA GUARD SHAKLEE sangat membantu mengekalkan tekanan darah normal dan keteganagn di leher atau sakit kepala.

Ia juga membantu mengurangkan paras kolesterol, megawal masalah obesiti, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, dan membantu mengekalkan kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL.



Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal:
H/P no: 0139279846

Saturday, November 15, 2014

3 Minuman Terbaik Untuk Kurus Dengan Cepat Dan Sihat

Bagi mereka yang di dalam proses menurunkan berat badan, anda perlu mengetahui beberapa jenis  minuman yang boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih cepat. 

Minuman ini tidak mendatangkan kesan sampingan. Anda tidak perlu risau. Siapa yang tak nak kurus dengan cepat kan. Diet dah lama dah tapi tak nampak pun kesannya. Sama je. Dah naik bosan dah nak diet ni. Jangan begitu ok. Teruskan diet anda. Jangan berputus asa. 

Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua 3 jenis minuman penting yang boleh membantu anda mendapatkan berat badan yang diidam-idamkan dengan lebih cepat dan berkesan. 

Jom kita lihat air apakah yang boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan pantas. Teruskan pembacaan anda.


Jus Lemon dan limau nipis (jus detox)

Buah-buahan sitrus seperti buah lemon dipercayai sangat membantu dalam proses mencuci dan membersih usus yang kotor. Ia berkuasa untuk menyingkirkan toksin dalam badan. 

Untuk kesan yang lebih hebat jus lemon boleh dicampur dengan jus limau nipis. Buah-buahan ini yang kaya dengan Vitamin C membnatu mengubah lemak kepada tenaga. Anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Amalkan pengambilan jus ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.


3 Minuman Terbaik Untuk Kurus Dengan Cepat Dan Sihat

Minuman ini berprinsipkan kepada aspek detoksifikasi atau penyingkiran racun serta toksin daripada tubuh lalu melancarkan sistem dalam tubuh. Bahagian tubuh yang dipenuhi racun, toksin dan lemak berlebihan, khususnya pada bahagian hati tidak dapat melancarkan tugas pembakaran lemak. 

Jadi dengan mengamalkan detoksifikasi, ia memudahkan lagi proses itu dan membantu dalam mencapai sasaran penurunan berat badan. 


Jus sayuran

Jus sayu-sayuran juga dapat membantu anda menurunkan berat badan. Sayur-sayuran yang boleh anda amalkan di dalam diet adalah seperti kubis, brokoli, timun, lobak, bunga kubis dang sebagainya.

Jus selain membantu mengurangkan berat badan, jus juga membantu merawat penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, hati, dan buah pinggang.

Selain tu, sayuran ini juga dapat membantu tubuh mengimbangi paras hormon dalam badan serta meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisme dah meningkat, badan akan memproses lemak di dalam badab dengan lebih cepat dan berkesan. 


Klik di sini untuk mengetahui makanan yang boleh membantu anda meningkatkan kadar metabilosme 

Makanan Yang Membantu Tingkatkan Metabolisme



3 Minuman Terbaik Untuk Kurus Dengan Cepat Dan Sihat

Jus antara kaedah perubatan paling baik kerana ia berbentuk cecair dan organ dalaman tidak perlu bekerja keras untuk menyerap zat-zat diperlukan badan, berbanding tablet.

Jus juga mengandungi khasiat yang padat. Jus disarankan kerana mengandungi enam keperluan utama badan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan zat galian serta air.


Teh Hijau

Teh hijau telah digunakan sejak ratusan tahun dahulu lagi disebabkan khasiatnya yang pelbagai. Antara manfaat teh hijau ialah membantu menurunkan berat badan. Teh hijau juga antara minuman yang boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme badan kita. Dengan mengamalkan minum teh hijau setiap hari mampu membakar lemak dengan lebih cepat.


3 Minuman Terbaik Untuk Kurus Dengan Cepat Dan Sihat

Teh ini amat sesuai untuk membakar kalori 
 dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Teh hijau juga membantu meningkatkan tenaga secara menyeluruh dan juga untuk mengurangkan selera makan. Teh hijau sangat terkenal dalam kalangan orang Jepun, dan ia juga dikatakan dapat membantu kita meredakan tekanan (stress). 

Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan. Selain itu antioksidan yang terdapat di dalam teh hijau boleh membnatu mencegah kanser dan  juga penyakit jantung.

Ini adalah antara 3 minuman yang boleh membantu kita menurunkan berat badan secara semula jadi dan yang paling penting berkesan. Hampir kesemuanya bertujuan untuk menambahkan metabolisma badan yang penting untuk pembakaran lemak. Selamat mencuba!

Di mana anda boleh dapatkan teh hijau yang asli??
Sudah pasti Shaklee menyediakan anda teh hijau yang berkhasiat. 

Saya juga mengamalkan minum teh hijau Shaklee ini iaitu Cinch Energy Tea Mix. Cinch Energy Tea Mix bukan sahaja mengandungi teh hijau yang asli, malah di dalamnya terdapat ekstrak teh putih dan teh merah.  

Cinch Energy Tea Mix dipek dalam bentuk stik memudahkan untu dibawa ke mana sahaja. Senang untuk disediakan. Untuk rasa yang lebih umphh, saya akan mencampurkan dengan sedikit perahan limau nipis atau lemon. Memang terangkat. 

Untuk menambahkan rasa, boleh juga dicampur dengan sedikit madu. Maklumlah rasa teh hijau ni agak pahit.

Friday, November 14, 2014

Ketahui Etika Dan Syarat Penting Ketika Berdiet

Nak diet pun kena ada etika?? Nak kurus pun bersyarat ke?? Mesti la kan..Kalau nak diet kita tu berjaya menunjukkan hasilnya mestilah kena ikut etika dan syarat-syarat ini. Bagi pengamal diet yang tegar anda perlu mematuhi etika ini kerana ia membantu mempercepatkan prosese menurunkan berat badan sekaligus kita mampu mendapatkan tubuh badan yang sihat dengan berat badan yang deal seperti yang diidam-idamkan.

Ada yang tertanya-tanya kenapa dah lama berdiet tapi masih tak nampak hasilnya??  Maknanya diet anda ada yang tak kena atau anda diet tak ikut syarat-syaratnya. Sebab itu diet anda tidak berkesan. Jom kita baca apa etika dan syarat untuk memastikan proses menurunkan berat badan kita berjaya dan menampakkan hasil yang ketara.


Ketahui Etika Dan Syarat Penting Ketika Berdiet


#1 Elakkan Tekanan

Sekiranya anda sedang berada dalam keadaan tertekan jangan sesekali memilih makanan untuk mengurangkan tekanan (stress) yang dihadapi. Tabiat ini sangat berbahaya kerana tanpa disedari sikap ini boleh meningkatkan berat badan anda. Makan ketika stress akanmenyebabkan seseorang itu makan dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu, bagi yang mahu menurunkan berat badan, pilihlah cara lain
yang lebih bermanfaat untuk mengurangkan berat badan anda. 


#2 Gabungan makanan

Ramai yang tidak tahu akan gabungan makanan yang perlu diambil semasa proses menurunkan berat badan secara sihat. Gabungan makanan ialah proses makan yang menggabungkan semua jenis makanan baik seperti karbohidrat, protein dan juga lemak.

Contohnya, jika pada waktu pagi anda bersarapan dengan buah-buahan atau susu soya, makan tengah hari anda perlu mengambil makanan yang lebih berat seperti segenggam nasi bersama-sama sayuran dan atau hidangan berasaskan soya. Untuk memastikan diet anda berkesan elakkan mengambil karbohidrat pada waktu malam.


#3 Minum air

Minum segelas air sebelum makan adalah tindakan yang sangat bijak kerna ia memberi rasa kenyang sebelum makan.  Selain minum air kosong anda boleh juga menukar dengan jus buah-buahan atau jus yang lain tanpa kalori.


#4 Lapar Waktu Petang

Makan mengikut waktu sangat penting bagi anda yang sedang kuruskan badan. Jangan sesekali skip waktu makan terutama makan pagi kerana tindakan ini akan menyebabkan anda makan dengan banyak pada waktu tenga hari dan malam. Tabiat ini tidak membantu anda untuk menurunkan berat badan.

Lapar pada waktu petanga adalah perkara yang normal. Jadi untuk mengurangkan rasa lapar anda boleh makan snek sihat tanpa gula. Sekiranya anda teringin hendak makan makanan bergula anda digalakkan menuruni anak tangga selama lima minit.


#5 Vegetarian

Jika anda mahu mengamalkan diet vegetarian, anda tidak seharusnya makan sayur-sayuran sahaja. Ada beberapa kategori vegetarian yang boleh diamalkan mengikut kesesuain badan masing-masing. Ovo-vegetarian ialah mereka yang makan telur tetapi bukan daging. Lacto-ovo vegetarian pula ialah mengambil telur dan produk tenusu tetapi bukannya daging. Manakala Lacto-vegetarian ialah mengambil produk tenusu tetapi tidak makan telur dan daging.


#6 Penghidap Diabetes

Jika anda seorang penghidap diabetes, inilah diet yang disarankan. Walaupun begitu, mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan juga boleh mencubanya. Cadangan pengambilan makanan seharian mestilah meliputi 15% protein, 30% lemak dan 55% karbohidrat.


#7 Makan Kismis

Satu kajian yang dilakukan oleh Gene Spiller ahli nutrisi dan Pengarah Health Research and Studies Center di Los Altos California mendapati bahawa kismis mengandungi sebatian untuk menurunkan berat badan. Pengambilan 400 kalori kismis setiap hari dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan sehingga lapan peratus jika diamalkan secara konsisten.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa  membaca entry ini.

=================@@@@@@@@@@==================

Anda tercari-cari suplemen semula jadi yang boleh membantu menurunkan berat badan dengan cara yang selamat tanpa kesan sampingan??

Inilah dia suplemen yang telah banyak membantu pengguna di luar sana untuk menurunkan berat badan secara sihat dan selamat. Setiap produk Shaklee dihasilkan daripada bahan semulajadi.

set kurus shaklee yang hebat dan berkesan lagi selamat tanpa kesan sampingan


Jom order sekarang SET KURUS SHAKLEE. Takut nak cuba?? Jangan takut. Produk Shaklee semuanya dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi. Tidak ada sebarang campuran bahan kimia. Maksudnya produk Shaklee adalah selamat, tiada kesan sampingan dan kyan paling penting adalah berkesan. 

Apa tunggu lagi. Jom la..Nak sihat kan?? Kalau dah gemuk, macam mana nak sihat. Orang yang obesiti ni berisiko mendapat pelbagai penyakit tau. masalah kegemukan berlebihan juga boleh menyebbakan kerosakan organ dalaman kita. Takutnya..!! Jom sihat tanpa ubat. Anda mampu mengubahnya. Sayangi diri anda dan keluarga. Hidup gembira tanpa ubat.

Jadi apa tunggu lagi. Jom tempah sekarang. Anda pasti menyukainya. 

Jangan ragu-ragu lagi untuk memilih shaklee sebagai suplemen terbaik untuk kesihatan anda sepanjang hayat. Nak order sendiri pon boleh. Macam mana cara untuk order tu?? Senang sahaja. Anda klik link di bawah ini. Kemudian ikut arahan yang diberi sehingga akhir. Boleh guna kad kredit atau debit ok.

Beli SET KURUS SHAKLEE di sini


Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Akmal:
H/P no: 0139279846

Wednesday, November 12, 2014

5 Jenis Buah Bantu Turunkan Berat Badan

Buah-buahan merupakan salah satu makanan yang membekalkan tenaga dan nutrisi yang baik untuk kesehatan tubuh badan kita. Buah yang mengandungi kandungan serat yang tinggi dan rendah lemak amat sesuai diambil dalam kuantiti yang banyak bagi mereka yang ingin turunkan dan kekalkan berat badan yang ideal. Buah-buahan sememangnya baik untuk kesihatan dan untuk turunkan berat badan kerana tidak mengandungi kolesterol.


5 Jenis Buah Bantu Turunkan Berat Badan

Selain itu, kandungan air di dalam buah-buahan yang tinggi membantu  mengekalkan tahap cairan dalam tubuh kita. Bagi yang sedang di dalam proses menguruskan, mengambil buah-buahan di dalam diet harian merupakan langkah yang terbaik dan tepat. 

Jom kita berkenalan dengan buah-buahan yang hebat ini:


#1 AVOKADO

Buah yang berwarna hijau dengan tekstur lembut ini mengandungi lemak tepu yang berkesan untuk mengekang rasa lapar. Buah avokado juga berfungsi meningkatkan leptin iaitu hormon yang berfungsi menghantar signal ke otak bahawa badan seseorang telah kenyang. Jadi pengambilan avokado akan membuatkan perut merasa kenyang dalam tempoh waktu yang lama. 

Hormon leptin yang terdapat dalam tubuh manusia berfungsi menghasilkan sel lemak dan berperanan memberi amaran kepada individu sama ada tahap pengambilan makanan yang diambil sudah mencukupi atau berlebihan.

#2 Nanas

Selain rasanya yang enak dan manis, nanas juga mampu menyingkirkan timbunan lemak yang berkumpul dalam tubuh kita. Buah nanas mengandungi beberapa nutrisi penting antara lain vitamin C, vitamin B6, tembaga, tiamin, zat besi, serat, sukrosa dan dekatosa. Sealain itu terdapat juga beberapa enzim seperti bromelain, proteiolitik dan zat penting lainnya seperti asid sitrik.

#3 Betik

Di dalam buah betik terdapat beberapa jenis vitamin, garam, mineral dan juga enzim yang sangat bermanfaat bagi tubuh. Selain itu, betik juga mengandungi kalori yang cukup rendah dan tidak mengganggu diet kita.

#4 Pisang

Tekstur lembut yang dimiliki pada buah pisang menjadikannya mudah dicerna dan diserap oleh tubuh. selain itu kandungan gizi di dalamnya sangat baik untuk tubuh. seperti avokado pisang juga membantu memberikan rasa kenyang. Bila perut kita dah kenyang, kita pon dah tak rasa nak makan lagi. Betul tak?? So lama-lama turun la berat badan tu. Sebab tu buah-buahan sebaiknya dimakan sebelum waktu makan agar dapat mengurangkan pengambilan makanan lain sebab perut kita dah kenyang.


#5 Anggur

Pengambilan anggur setiap hari dengan teratur juga boleh membantu menurunkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang kita idamkan. Satu kajian melaporkan bahawa dalam anggur terdapat unsur piceatannol yang memiliki kemampuan untuk menghalang sel lemak yang belum matang untuk berlembang. Piceatannol ini juga baik untuk kesihatan tubuh badan kerana dipercayai mampu melawan sel kanser, penyakit jantung dan penyakit neurodegeratif.

Banyak lagi buah-buahan dan makanan yang boleh dijadikan alternatif dan diamalkan untuk menurunkan dan mengekalkan berat badan yang langsing sebagaimana yang kita idam-idamkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih kerana sudi membaca.

=====================@@@@@@@@@@=========================


Anda tercari-cari suplemen semula jadi yang boleh membantu menurunkan berat badan dengan cara yang selamat tanpa kesan sampingan??

Inilah dia suplemen yang telah banyak membantu pengguna di luar sana untuk menurunkan berat badan secara sihat dan selamat. Setiap produk Shaklee dihasilkan daripada bahan semulajadi.


Jom order sekarang SET KURUS SHAKLEE. Takut nak cuba?? Jangan takut. Produk Shaklee semuanya dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi. Tidak ada sebarang campuran bahan kimia. Maksudnya produk Shaklee adalah selamat, tiada kesan sampingan dan kyan paling penting adalah berkesan. 

Apa tunggu lagi. Jom la..Nak sihat kan?? Kalau dah gemuk, macam mana nak sihat. Orang yang obesiti ni berisiko mendapat pelbagai penyakit tau. masalah kegemukan berlebihan juga boleh menyebbakan kerosakan organ dalaman kita. Takutnya..!! Jom sihat tanpa ubat. Anda mampu mengubahnya. Sayangi diri anda dan keluarga. Hidup gembira tanpa ubat.

Jadi apa tunggu lagi. Jom tempah sekarang. Anda pasti menyukainya. 

Jangan ragu-ragu lagi untuk memilih shaklee sebagai suplemen terbaik untuk kesihatan anda sepanjang hayat. Nak order sendiri pon boleh. Macam mana cara untuk order tu?? Senang sahaja. Anda klik link di bawah ini. Kemudian ikut arahan yang diberi sehingga akhir. Boleh guna kad kredit atau debit ok.

Beli SET KURUS SHAKLEE di sini


Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Akmal:
H/P no: 0139279846

Khasiat dan Kebaikan Oat Untuk Kesihatan

Kita semua maklum oat sememangnya mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan. Jadi untuk entry ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua secara detail apa khasiat dan manfaat oat untuk kesihatan kita. 


Apakah oat??

Oat atau juga dikenali dengan nama saintifiknya Avena Sativa. Ia telah lama dikaitkan dengan pemakanan seimbangdan gaya hidup sihat serta mempunyai banyak kebaikan  berkhasiat buat seluruh keluarga. Bijirin oat moden berasal daripada oat merah liar sejenis tanaman berasal dari Asia. Ia telah ditanam sejak 2000 tahun yang lalu di seluruh negara. Sebelum oat dijadikan sebagai makanan bijirin ini digunakan untuk tujuan perubatan. 
Khasiat dan Kebaikan Oat Untuk Kesihatan

Oat adalah tanaman bijirin yang tahan lasak dalam keadaan tanah yang tidak subur dan cuaca yang buruk, tidak seperti tanaman lain. Bila dituai, sekam keras daripada oat perlulah dibuang sebelum ianya boleh dijual sebagai oat sepenuhnya, samada oat yang telah diproses atau berbiji.


Khasiat dan Manfaat Oat 

Oat mengandungi karbohidrat, protein, serat pemakanan, vitamin dan mineral penting serta antioksidan  dan juga zat-zat penting lain yang berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan. Oat mengandungi lebih banyak kalsium, magnesium, zat besi, zink, kuprum, mangan, vitamin B1 dan juga Vitamin E jika dibandingkan dengan bijirin yang lain seperti gandum dan rai. oat adalah tonik makanan untuk jantung, saraf dan kelenjar timus.

Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi  dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit. Secara khususnya oat mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.

Oat menjadi makanan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Ia mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua. Oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.

Semangkuk oat bijirin yang telah dimasak adalah masa terbaik untuk memulakan hari terutama jika anda sedang mencuba atau berhadapan dengan penyakit jantung atau diabetes. Ini kerana oat mengandungi sejens serat spesifik yang dikenali sebgai beta glukan.
Khasiat dan Kebaikan Oat Untuk Kesihatan

Kerap makan oat boleh membantu menurunkan kadar kolesterol di dalam darah anda. Oat mengandungi beta glukan yang merupakan serat larut yang membantu menyerap kolesterol daripada badan semasa penghadaman. Kandungan karbohidratnya digelar "Frukto-oligosakarida" mampu merangsang pertumbuhan bakteria baik yang penting untuk merangsang kesihatan usus. Dengan jantung dan saluran penghadaman yang dijaga dengan baik, kita mengambil langkah yang lebih sihat berbanding mereka yang mengambil kurang bijirin penuh.

Kandungan serat yang tinggi dalam oat juga mampu membantu mengeluarkan kolesterol daripada sistem penghadaman. Sebatian unik antioksidan dalam oat yang dikenali sebagai avenanthramides akan membantu mencegah radikal bebas daripada merosakkan kolesterol LDL (kolesterol baik). Secara tidak langsung membantu mnegurangkan risko penyakit kardiovaskular. 

Oat bukan sahaja bagus untuk jantung kerana kandungan fibernya, tetapi juga sebagai pelindung yang bagus untuk saluran penghadaman. Oleh kerana semua nutrien penting terkandung di dalamnya, oat dikira penting untuk kesihatan secara keseluruhannya.

Penyelidik dari Itali telah mendedahkan kajian mengesan kesan positif beta glukan pada kesihatan manusia. Mereka menemui bahawa selain mampu mengurangkan kolesterol dan melemahkan tindak balas glisemik dan insulin. Dikatakan beta glukan mempertahankan sistem imun menentang bakteria, virus, kulat dan parasit.

Dikatakan juga dengan memakan bijirin penuh seperti oat sekurang-kurangnya enam kali seminggu adalah bagus untuk wanita yang telah menopaus terutamanya jika mereka mengalami masalah kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi  dan tanda-tanda lain penyakit kardiovaskular. MayoClinic.com mencadangkan oat sebagai salah satu daripada lima hidangan yang terbaik untuk mengurangkan paras kolesterol. 

Kajian di Finland terhadap 1293 kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diperkenalkan kepada oat kurang mendapat asma yang berulang-ulang. Kajian ini diterbitkan dalam Britsih Jounal  of Nutrition pada Januari 2010.

Oat juga bermanfaat melegakan otak dan sistem saraf.  Oat juga dikatakan mampu meningkatkan keinginan seksual buat lelaki dan juga wanita.

Manfaat oat seterusnya ialah boleh membantu wanita yang menderita amenorrhea atau tidak mengalami haid. Ini kerana oat kaya dengan dengan mineral yang berpotensi dalam menggalakkan fungsi tiroid. Namun bukti ini hanya berdasarkan kepada penggunaan secara tradisional bukannya kajian sanitifik.

boleh klik link ini untuk mengetahui khasit oat yang lain
http://www.care2.com/greenliving/oatmeal-everyday-powerfood.html

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca coretan ini.